I Have A Lover, Drama Korea Terbaru Dari Penulis Drama Popular Scandal Dan Sparkling

Assalamualaikum.

Entry ini kira warming up, sebelum kita mula tulis entry yang lebih bersifat serius dan personal. Haha. Lama dah tak cerita pasal drama Korea kan? Okay, kali ini kita cerita tentang satu drama terbaru (satu cukuplah eh), yang memang baru sangat, sebab dekat Korea malam tadi baru tayang episod yang pertama.


Drama bertajuk I HAVE A LOVER itu merupakan hasil penulis yang mana drama-drama beliau pernah hot dan mendapat award juga respon yang bagus. Drama Sparkling / Twinkle Twinkle ini memang hot masa waktu ditayangkan dulu tahun 2011. Kapten Atok pun pernah recommend drama ini, jadi aku pun sedutlah dari hard disk beliau. Lagi satu drama yang juga popular ialah drama yang bertajuk Scandal : A Shocking and Wrongful Incident yang ditayangkan pada tahun 2013. Kali ini, 2015, beliau kembali lagi.


* * * * *

Jom usha sikit sinopsis I HAVE A LOVER di bawah.

SYNOPSIS I HAVE A LOVER

Do Hae Kang (Kim Hyun Joo) involved in a mysterious car accident. Due to this car accident, she loses her memory and falls in love with her husband, Choi Jin Uhn (Ji Jin Hee) whom she hated again. She then meets her separated twin sister Dokgo Yong Ki for the first time in 30 years.
Hae-Kang (Kim Hyun-Joo) is a successful lawyer, but she wants to become more successful. Due to her ambitions, her relationship with her husband, Jin-Eon (Ji Jin-Hee), deteriorates. At that his time, Jin-Eon meets Seol-Ri (Park Han-Byul) who attends the same graduate school. Her personality is pure and enthusiastic, like his wife Hae-Kang had in the past. Hae-Kang then has an accident and loses her memory. She meets Baek Seok (Lee Gyu-Han) and live as her younger twin sister Yong-Gi (Kim Hyun-Joo). 


Sebelum ini, penulis ini menggunakan tema "TERTUKAR BAYI", kali ini pula tema "KEMBAR YANG TERPISAH". Dan, tema-tema macam gini memang jadi kesukaan aku sebenarnya. Haha. Drama ini ditayangkan di SBS dan mungkin akan ditayangkan di ONE HD, mungkinlah. Drama berjumlah 50 episod ini (ya, aku akui memang panjang) dibintangi oleh Kim Hyun Joo, Ji Jin Hee, Park Han Byul, dan Lee Gyu Han. Honestly hero dia memang aku tak berapa minat walaupun Dong Yi drama favorite aku. Haha. Tapi aku suka lead actress dan second lead actress dia. Sesiapa yang rindu nak tengok Jang Ha Na bolehlah tengok Park Han Byul dalam drama terbarunya ini. Cuma bukan sebagai heroinlah.




Aku dah pun tonton episod pertama, cerita dia bagi aku agak deep, sebab dia melibatkan isu pergolakan rumahtangga, kecurangan, tanggungjawab seorang isteri. Awal cerita memang suspens dan mengelirukan, di mana kedua-dua watak kembar diperkenalkan. Seorang wanita penuh karisma dan berkarier, bercita-cita tinggi hingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Manakala seorang lagi sangat serabai, dah berkahwin, sedang sarat mengandung. Macam mana takdir mengubah nasib hidup mereka berdua hanya kerana satu kemalangan. Sounds cliche? I do think so. But, I love anything that is cliche.

Jadi, marilah kita bersiap sedia naik roller coster untuk tempuh 49 episod lagi yang pastinya akan penuh dengan pahit manis, ranjau duka, dan yang seangkatan dengannya. Okay, sampai sini dulu.

Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.