Manusia

Assalamualaikum.

Well well well. I'm on that mood to write again. Hurm. How I really miss those days of blogging. Idea kept pouring like water. But now?! Sigh.

Okaylah, kita sambung dengan cerita asal kita. Tak payah asyik duduk mengenang sangat masa yang lalu. Sebenarnya aku baru pindah masuk ke rumah baru, dalam masa 3 bulan, dah 3 kali pindah rumah. Perghhh!!! Memang penat, fizikal dan emosi. Stress ooo!!! Yang pertama kali memang mendera, sebab rumah kami dulu di tingkat 3 yang tak ada lif, jadi kau bayangkanlah sendiri berapa kali kau nak turun naik tangga, angkut barang berat-berat. 2 hari baru settle bawa turun barang. Penat tak usah cakaplah. Hampir 2 kg juga berat aku hilang waktu itu. Haha.

Berpindah randah sebanyak 3 kali, dan akhirnya seminggu yang sudah, rumah dah boleh didiami lepas renovation selama 3 bulan. Phew!!! Maka dalam masa berpindah randah, memang mak selalu hantar baju pergi dobi. Banyak ragam manusia boleh tengok dalam kedai dobi. Dan ada 3 cerita yang aku tertarik nak kongsikan.


Kisah pertama, seorang pakcik berbangsa Cina, datang ke kedai dobi, tapi macam kekok sikit. Mungkin pertama kali datang, dia nampak macam tak berapa sihat, tangan dia pun asyik menggigil sampai token syiling yang dia pegang terjatuh. Mak aku bangun nak tolong pakcik itu, dari A sampai Z mak aku ajar. Orang expert, pengunjung setia kedai dobi katakan. Haha. Dan selepas itu, pakcik itu tak henti-henti berterima kasih dengan mak.

Dan beberapa hari berikutnya, macam biasa mak akan ke kedai dobi, dan aku akan ambil adik aku pulang dari sekolah sebelum kembali semula ke kedai dobi untuk temankan mak. Semasa ketiadaan aku hari itu, entah apa pasal mesin basuh meragam, habis banjir dengan sabun. Mak sampai call aku sebab tak tahu nak buat apa. Lepas ambil adik, aku terus shoot ke kedai dobi yang 12 minit dari sekolah adik aku. Sampai saja di situ, aku lihat sepasang lelaki dan perempuan berbangsa Cina tengah sibuk tolong mak keluarkan sabun yang banjir dalam mesin basuh.


Memang dahsyat. Sampai melimpah-limpah sabunnya. Lelaki itu kaup keluarkan sabun-sabun yang ada, pindahkan baju mak aku di mesin sebelah, yang perempuannya sibuk tolong mak lap air yang melimpah. Terharu aku tengok. Dalam dunia kita sekarang, yang macam-macam kontroversi melanda, diskriminasi bangsa, agama, aku terharu sebab wujud lagi sesuatu yang dinamakan kemanusiaan. Soal baik buruk manusia, bukan kerana bangsa dia, agama dia, tapi dari diri dia sendiri.

And I'm quite agree with what Mahatma Gandhi said, about humanity.
:)

Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.