Apa Yang Orang Kita Suka Baca?

Leave a Comment

“A reader lives a thousand lives before he dies, said Jojen. 
The man who never reads lives only one.” 

Assalamualaikum.

Tergerak sangat hati ini nak menulis tentang ini bila mana melihatkan banyak manuskrip aku yang tersadai separuh jalan, menjerit-jerit menantikan bilakah mereka akan ketemu penghujung kisah mereka. Heh. Tipulah kalau kata tak ada masa, idea pun dah dikembangkan menjadi rangka-rangka cerita, cumanya keraguan dan ketakutan bersarang, buat aku berhenti menulis sekejap. Well, lama juga sebenarnya.

Adanya demand maka adalah supply. Bila mana nak menulis, aku akan survey dulu pasaran, buku apa ada, jenis yang macam mana, dan yang paling penting mestilah kita nak tahu, APA YANG ORANG KITA SUKA BACA? Di pasaran, ada lambakan macam-macam jenis novel. Ikut apa yang aku perhatikan, ada 2 jenis kategori, dan keduanya berada di kedua-dua hujung ekstrem yang berlawanan.

Satu hujung sana, adalah penulis dan pembaca yang penuh dengan fantasi, plot-plot yang kadang tidak berapa realistik tapi tetap menarik sesetengahnya. Dan di satu lagi hujung sana, adalah penulis dan pembaca yang boleh kita kategorikan sebagai indie, peminat novel jenis ini mengatakan novel mereka lebih dekat dengan jiwa pembaca, berseni, artistik, realistik dan deep.


Aku mula membaca novel pada usia 8 tahun. Dan buku pertama yang aku mulakan, adalah koleksi novel Cina bergenrekan adventure science fiction karya dari penulis popular Ni Kuang yang memang popular masa zaman itu. Watak Wei Si Li / Wisely yang wujud dalam setiap novel beliau buatkan semua orang kenal Wei Si Li ketika itu. Semua berebut nak lengkapkan koleksi novel Wei Si Li mereka. Menurut sumber, Ni Kuang menulis lebih 100 buah siri Wei Si Li. Tapi aku tak berjaya pun baca semua koleksi beliau, cuma dalam 20 buah saja.

Selain Wei Si Li, aku pun sangat gemarkan novel Cina klasik bergenre romantik. Sebab yang bestnya, setiap kali waktu rehat, kami kawan-kawan akan ambil masa untuk berborak pasal jalan cerita setiap novel yang kami baca. Sebab itu aku zaman sekolah rendah aku, aku rasakan zaman yang paling produktif. Haha. Tamat saja sekolah rendah, tak ada dah siri Wei Si Li yang aku layan. Barangkali dah muak. 


Bila paginya di sekolah rendah kebangsaan, aku tanam minat baca novel Cina. Sesi petang di sekolah agama rakyat pula, aku terjebak dengan 2 jenis cerita. Satu adalah buku-buku fiksyen Melayu seperti Siri Salma, Siri Hadi, Enid Blyton, siri English RL Stine dan banyak lagi. Satu lagi jenis pula adalah himpunan kisah-kisah nabi. Macam-macam jenis buku kisah nabi yang aku baca ketika itu, dari nipis hinggalah ke tebal, dan aku tak pernah jemu.

Naik ke sekolah menengah, aku mula kumpul novel-novel cinta Melayu dari Alaf 21, baca novel cinta memang mengkhayalkan. Lagilah di usia muda remaja begitu kan. Haha. Selain dari Alaf 21, aku sangat sukakan Harry Potter series, Buffy The Vampire Series dan Angel Series. Aku rasakan feeling bila tonton drama lain dan bila baca novel pula lain. Duit belanja sekolah aku banyak habis pada bahan pembacaan dan CD masa zaman sekolah aku. Tapi, aku puas. Puas bila dapat membaca. Terasa macam duduk dalam dunia baru sambil perhati manusia yang ada pelbagai karakter.


Sebenarnya aku berhasrat nak sambung manuskrip-manuskrip yang tersadai. Ada 2 genre yang aku tulis, satu dah tentu-tentulah kisah cinta. Mana boleh lari dengan identiti Dr Jiwang yang aku pernah pegang satu ketika dulu dalam dunia blog. Haha. Dan lagi satu aku menulis himpunan kisah aku masa zaman aku lalui tahun klinikal dan juga zaman setahun lebih housemanship.

Well, I want something to share to. I want to give a world to people, for them to look at, to live in, even just for a little while. Cuma aku ragu-ragu, aku yang orang kita suka baca mungkin tak sama dengan apa yang aku suka tulis. Tapi orang kata, tak cuba tak tahu kan. Kita tengoklah macam mana nanti. Kita tengok.

Okay semua, jaga diri ya. Selamat bekerja. Selamat belajar. Assalamualaikum.


"Either write something worth reading or do something worth writing." - Benjamin Franklin -

Drama Korea Producer KBS2 - Drama Paling Hit Tahun 2015?

4 comments
Assalamualaikum.

Lama tak update soseh-soseh pasal drama Korea. Last sekali pasal 4 buah drama yang dinantikan, ingat lagi tak? Dan rata-rata keempat-empat buah drama tersebut mendapat sambutan yang agak baik terutama sekali drama lakonan Ji Sung bertajuk Kill Me Heal Me, yang itu memang terbaik.

Kali ini sebuah lagi drama yang aku confirm memang dinantikan oleh semua peminat Running Man (AKU!!), peminat 2 Days 1 Night (AKU!!), peminat Kim Soo Hyun (AKU!!), peminat Gong Hyo Jin (AKU LAGI!!) dan peminat IU. Memang gah line up pelakon drama bertajuk PRODUCER ini. Drama ini dijangka akan ditayangkan samada pada penghujung April atau Mei melalui saluran KBS.

Jangan risau, aku pasti kalau ditayangkan di KBS, dah tentu KBS World pun akan turut tayangkan drama ini.


Bila aku dengar Cha Tae Hyun akan membuat comeback dan berlakon dalam drama bersiri terbaru, memang excited habis. Tambah lagi bila tahu akan digandingkan dengan hero You Who Came From The Stars, Kim Soo Hyun. Heroin dia pula dah tentu pelakon kesukaan aku yang pernah berlakon dalam drama popular seperti The Greatest Love, Master's Sun dan It's Okay That's Love.

Dan seperti yang diketahui ramai, Cha Tae Hyun dan Kim Jong Kook merupakan sahabat baik, dan drama ini akan menampilkan buat pertama kali Kim Jong Kook sebagai seorang pelakon, dan bukan cameo okay. Aku yakin drama ini akan dapat perhatian daripada peminat rancangan variety show yang dibintangi Cha Tae Hyun (2 Days 1 Night) dan Kim Jong Kook (Running Man). 

Dengar cerita script reading pun dah berlangsung 2, 3 hari lepas. Tak lama penggambaran pun akan dimulakanlah. Drama ini akan berlatar belakangkan dunia penyiaran, macam drama On Air yang pernah popular satu ketika dulu. Harapnya, cerita ini bawa satu lagi kelainan dan tarikan, mungkin akan jadi drama paling hit tahun 2015?
=p

Okay, sampai sini. Jaga diri semua. Assalamualaikum.


CREDIT PICTURES TO VERONA from SOOMPI

Jom tengok sikit trivia yang ada tentang drama ini. ^^

Trivias

"Kim Soo Hyun will play a former law school student and he became a PD cause he wanted to chase his first love."(source)

"Gong Hyo Jin and IU will showcase a different charm from their previous work. A confrontation between the two charming heroines will increase the dramatic fun" (source)

"Script for Episode 2 is completed and the casts who had read the script expressed that it is very interesting." (source)

"Gong Hyo Jin is going to be this bossy "Scary Unnie" PD. The rest of the PDs will tread carefully around her & her moods." (source)

 "Currently, the production team is advancing on negotiating cameos in secrecy." (source)

"Currently, the writer asked staff not to reveal about the story to public anymore." (source)

"KBS drama division and entertainment division are fighting a war of nerves over time slot of "Producer". (source)

"Kim Joong Kook is very busy and not accustomed to acting so he was hesitant to accept this offer, but..."(source)

" Producer script reading started at 1pm KST.." (source)

"Producer" will shoot from early April to late June." (source)



Kanak-Kanak Kena Sakat

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Tadi blogwalking terpandangkan gambar kanak-kanak kena sakat. Aduh. Comel sungguh. Ouh. Keinginan nak ada anak meningkat 100 kali ganda waktu dan ketika ini. Boleh jadi pengubat duka lara bila dengar ketawa anak-anak. Betul tak? Walaupun aku tak ada anak lagi, but I believe it's true. Semoga tercapailah segala hasrat diri secepat yang mungkin. Haha. Okay, nak merapu satu perenggan saja. Confirm semua orang akan tengok kanak-kanak kecil itu berkali-kali. Cute to the max.

Okay sampai sini. Jaga diri. Have a great weekdays ahead. Assalamualaikum.
:)





=P

Hujan Sepi

3 comments
"Hujan terus turun.
Mendengar sayu sepinya hati.
Menanti kembalinya irama hati.
Pengubat mimpi jiwa terisi."

"Sudah puas sudah.

Diri dinanti oh tidak kembali.
Terus mendoakannya agar dia tetap ingati.
Disini aku, kau menjelmalah."

IPPO HAFIZ - HUJAN SEPI



HEART SPEAKS : Sepi?! Hurm.

Alkohol, Otak, Akal

1 comment
Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian untuk kita semua di pagi Jumaat yang mulia ini. Terdetik hati nak kongsikan scene di dalam comedy series The Big Bang Theory ini, sebab aku rasakan ianya sangat bermakna walaupun mungkin tujuan asalnya untuk mencetuskan komedi. Tapi bagi aku mesej yang disampaikan sangat tepat sekali.

Dalam scene tersebut Dr. Sheldon Cooper menasihati Penny yang dia tak sepatutnya mengambil "ALCOHOL" sewaktu mengendalikan jentera berat. Heavy machinery? Jentera berat? Lebih kuranglah. Bila Penny tanyakan apa jentera berat tersebut dan Dr. Sheldon terus tunjuk pada "BRAIN".

Nampaknya mereka pun bersetuju, alkohol tidak boleh diambil sebab ianya akan mengganggu fungsi otak kita. Ianya mengkhayalkan, mengganggu kewarasan kita untuk mempertimbangkan sesuatu. Baik atau buruk, otak dah tak mampu nak tentukan bila alkohol masuk dalam sistem badan kita. 



Sebab itu datangnya ayat yang berbunyi, arak adalah ibu segala maksiat dan kejahatan. Dalam Al Quran sendiri, Allah dah turunkan ayat-ayat tentang pengharaman arak. Salah satunya, Allah berfirman dalam Surah Al Maidah ayat 91 :


Otak kita ini adalah organ yang penting untuk kita, kurniaan Allah pada kita manusia, membantu kita menjalani hidup sehari-harian. It affects everything, judgement, making decision, emotion, daily functioning. Bahkan aku pernah terbaca kajian yang mengatakan, walau dalam tidur sekalipun, otak kita ada fungsinya juga. Cuma mungkin aktivitinya kurang sedikit berbanding sewaktu kita sedar. Tetapi, ianya masih beroperasi.

What I'm trying to say is, as long as we are alive, our brain keeps operating. So as long as we live, shouldn't we keep ourselves away from alcohol? Am I right? Tubuh badan kita ini pemberian Allah, takkan kita tak bersyukur dengan pemberian DIA, takkan nak berlaku zalim pada tubuh badan kita, kan?

Salam Jumaat semua. Have a great weekend ahead. Assalamualaikum.


UNGU - Aku Tahu (Video Lirik) Muzik Video

Leave a Comment




Assalamualaikum.

Lama kan tak menulis. Malas. Mood ke laut. Sibuk nak prepare itu nak prepare ini, jadi sampai ke sudah tak berupdate.

Kali ini kita kongsikan satu lagu cukuplah. Lagu baru Ungu yang bertajuk Aku Tahu. Lagu layan perasaan katanya. Haha. Lagu yang bagi aku agak selfish tapi berani. Kisah macam mana si lelaki yang masih menyimpan rasa dan berpegang lagi pada kenangan cinta lama, susah dia nak lepaskan. Satu hari dia jumpa seseorang yang mampu buka hati dia. Dia minta perempuan itu untuk tunggu dia, beri dia waktu untuk lupakan kisah cinta lama dia, kenangan lama dia.

Dia janji yang dia akan datang, dan hatinya nanti adalah sepenuhnya untuk perempuan yang menanti dia itu. Nampak selfish dan ego kan? Tapi si lelaki sebenarnya berani, berani untuk pegang pada rasa dia, dia yakin dengan perasaan dia. Mungkin dia tahu perempuan itu yang terbaik, jadi dia minta untuk diberi masa bagi melupakan kisah cinta lama dia.

I wish I can be that brave. Asking for someone to wait for me. Heh. But here I am, trying so hard to forget Penyebab Senyuman Dalam Rahsia, the one yang takkan pernah "kunjung tiba". Ahh! Apa benda yang aku merepek petang-petang buta macam ini. Haha. Anyway, layankan sajalah lagunya Labu.

Have a great day people. Assalamualaikum. 



UNGU - AKU TAHU
Aku tahu, aku tahu, aku tahu
Aku Salah
Tuk memintamu 
Tuk menungguku

Aku tahu, aku tahu, aku tahu 
Aku salah 
Ini egoku 
menggantungkanmu

Ku mohon
Sabar-sabar sebentar beri aku waktu
Tuk meninggalkan cinta lama yang masih bersamaku
Bukan maksudku untuk mempermainkan dirimu

Cobalah untuk mengerti keadaaan ini
Karna hanya kau yang bisa memahami semua ini
Sedih dan air mata tak dapat lagi ku tahan

Aku kan datang
Aku kan datang
Tuk hapus air matamu dengan bahagia

[KREDIT LIRIK KEPADA CLIQUERS BANDUNG]

For A Bit Less

3 comments
Assalamualaikum. Selamat pagi. Salam kasih sayang.

* * * * *
It's funny because when you're a child, you believe you can be anything
you want to be, go whenever you want to go. There's no limit to what you
can dream. You expect the unexpected, you believe in magic, in fairy tales
and in possibilities. Then you grow older and that innocence is shattered
and somewhere along the way the reality of life gets in the way and you're
hit by the realization that you can't be all you wanted to be, you just
might have to settle for a bit less. - Cecilia Ahern

[Credit to Sis Cheryna's a.k.a Kak Sha's Instagram]

P/S : A big fan of her. ^^


 I love browsing through Instagram. One of my favorite Instagrammer (Does this word even exist? Lol!) is Sis Cheryna, I've known her through blog a few years back. What I can say about her Instagram is, browsing through all her pictures are like therapy for the eye and soul. The pictures are tempting of course, and the caption, full of information or quote from a novel or movie, poetic and full of emotion. And this one here, is from Cecilia Ahern. I just love this.

A journey from childhood to adulthood.

Masa kita kecil-kecil dulu, macam-macam kita berangan kita nak jadi. Kalau sebut cita-cita, mungkin lebih dari 10 agaknya. Tengok movie atau drama, mulalah khayalkan yang entah apa-apa. Hmm. Because of our innocence. We are so young and so naive, we believe in everything. It's like you can even reach for the stars, moon and the sky. Right?


Masa tadika, cita-cita nak jadi pramugari. I became very fashionable at that age, plus girly. Bila dah naik sekolah rendah, dari lembut jadi ganas, boyish. Terpengaruh dengan Power Rangers, apa lagi. Sampaikan kalau masa dekat sekolah, pergi tandas konon, tapi sebenarnya sibuk ber"it's morphin time". Masuk darjah 6, dah matang sikitlah. Belajar lebih sikit. Alhamdulillah dapat score UPSR, zaman 1999, aku satu-satunya pelajar Melayu yang dapat 7A dalam UPSR di daerah Miri, jadi aku kena wawancara oleh 2 syarikat akhbar Cina. Bila sampai soalan cita-cita, aku jawab aku nak jadi saintis. Heh. Jujur aku cakap, aku tak tahu pun apa sebenarnya saintis buat. Tapi sebab bunyinya macam maju, jadi kita balun jugalah sebut.

Waktu menengah waktu banyak monolog dengan diri sendiri. Zaman yang aku sangat taksub dengan dua benda, MAGIC dan FAIRY TALES. Bila tengok Sabrina The Teenage Witch dengan Charmed, aku yakin semua orang boleh buat magik. Hari-hari aku fokus sambil hayun-hayun tangan konon nak alihkan barang, telekinesis katanya. Zaman ini jugalah zaman hati senang "tersangkut" (read as CRUSH). Fairy tales kan!! Budget dapat jumpa prince Charming dan happily ever after, tapi sampai sekarang pun solo. Haha. 


I am a person who always expect the unexpected, kadang kita tahu benda itu takkan mungkin jadi, tapi tetap berharap. I was full of hope during my teenage years. Sampaikan masa zaman matriks, aku sangat giat mencari cikgu-cikgu dan kawan-kawan masa belajar di Miri dulu, even dah 4 tahun terpisah. Guess what, I was able to reach almost all of them including Pengetua aku masa sekolah menengah merangkap ayah angkat aku, cikgu BM dan cikgu pidato aku. I tracked each one of them and I succeeded. That's all because of HOPE.

My innocence start shattered, I guess around the age of 19? After I finished my ASASI, I was still playing around, not even try to look into life. Then I got an offer to do my degree, in Audiology. That's when it hit me. I kept asking myself, what I really want. I want to do everything but it's not like I get to do everything at the same time. So I applied to become a doctor. My medical school days was 50% serious and 50% playful. Still hard to let go that innocence side, that's why my parents always said that although I'm 28, I still act like a girl in her early 20s. That's not a compliment by the way.

I try to become more determined. Even though I may appear unmotivated, "pasrah", but actually I'm driven inside. It's boiling up. Haha. Even now, I'm struggling to set my path right, again! But I will not lose hope. I'm trying to settle for a bit less.
:)


Have a good day people. Assalamualaikum.

OST Drama TV3 Talak - Fizo Omar, Diana Danielle, Fadzil Zahari, Reen Rahim

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Selamat malam. Ouh. Esok dah Isnin. Ingat nak tidur awal, tersangkut kejap depan tv sebab telemovie di TV3 yang bertajuk TALAK lakonan Fizo Omar, Diana Danielle dengan Fadzil Zahari. Sebab apa tersangkut?

Sebab terkejut. Haha. Serious seriau bila tengok Fizo Omar (Bad) cakap dengan bini dia, kalau antara mereka salah seorang tidur dengan orang lain, maka jatuh talak. Angkara cemburu buta suami dia, dan si isteri pula terlalu rapat dengan bestfriend dia yang mana berjantinakan lelaki. Dua-dua salah sebenarnya. Tapi point utama sebenarnya nak cakap, talak bukan boleh buat main-main, pakai sebut. Kalau tak, jadi macam cerita ini. Tup tup si suami yang ter-tidur dengan perempuan lain. Hmm.

Apa pun, kena tidur sebenarnya. Tapi kita up satu post dulu sebab OST dalam telemovie ini memang favorite. Hehe. Jom layan. Okay daa. Selamat malam.

Assalamualaikum.


GAMBAR KREDIT KEPADA BUDIEY.COM



CAKRA KHAN - SETELAH KAU TIADA

 

"Setelah Kau Tiada"

Tak sempat ku mengerti, kau tunjukkan arah saat ku tersesat
Beri cahaya saat ku sendiri dalam gelap
Namun waktu tak pernah rela menunggu
Hingga akhirnya kau pun pergi

Terlambat kusadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang takkan mungkin pernah ada

Baru kuterima kau hembuskan angin saat ku bernafas
Siramkan air saat aku dalam kekeringan
Namun tak pernah ku hiraukan semuanya
Hingga kinipun kau tiada

Terlambat kusadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang takkan mungkin pernah ada

Biarkan ku hidup dalam penyesalan ini
Sampai nanti kau akan kembali, ye...

Terlambat kusadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang takkan mungkin pernah ada

Terlambat kusadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang takkan mungkin pernah ada
Yang takkan mungkin pernah ada

SUMBER DI SINI


SITI NURHALIZA - TERBAIK BAGIMU

 

Lirik Lagu Terbaik Bagimu - Siti Nurhaliza 

Rasaku kamu ada
di setiap sedih dan juga senangku
rasanya kamu sudah menjadi bintang
terang hidupku

Chorus:
Masih kurang rasaku
mencintai hatimu
ingin aku jadi terbaik bagimu

Masih kurangkah aku
menyayangi hatimu
mahu aku mengganti setiap
sukar mu dengan tenang

Rasaku kamu ada
di saat senyum juga tangisku
Rasanya Kamu sudah jadi yang
terbaik bagi aku

Ulang Chorus

Masih kurangkah aku
menyayangi hatimu
mahu aku mengganti setiap
sukar mu

Ulang Chorus

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2014/12/lirik-lagu-terbaik-bagimu-siti-nurhaliza.html#ixzz3V7uYVPwu


Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.