Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Hamari Adhuri Kahani, Sebuah Kisah Cinta Terlarang?

Imej
REVIEW FILEM-FILEM HINDI LAIN Assalamualaikum. Nampak tak bila dah mula menulis satu review rasa nak tulis lagi dan lagi? Argh!! Kegilaan nak menulis begitu membuak-buak, cuma tiada motivasi. Haih. Beberapa minggu lepas dah Dilwale, dah layan Shah Rukh Khan dan Kajol, kali ini kita tukar sikit genre, lupakan aksi, ini sebuah filem bergenre romantik semata. Ya, kisah cinta. Atau mungkin kisah cinta terlarang? Hmm. Hamari Adhuri Kahani bermaksud "kisah kita yang belum sempurna", filem berdurasi 2 jam 9 minit ini mencatat rating IMDB 6.5/10. Ops! Lebih tinggi dari Dilwale. Haha. Filem ini diterajui oleh Vidya Balan sebagai Vasudha dan juga Emraan Hashmi sebagai Aarav Ruparel. Keduanya merupakan pelakon senior dalam dunia Bollywood. Emraan Hashmi terkenal dengan lakonan panasnya, manakala Vidya Balan seorang yang versatile dan mampu bawakan apa jua watak sekalipun. Dunia perfileman Bollywood sekarang dah banyak kemajuan, dan banyak filem berkualiti. Namun dar