Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Selayang Pandang Another Oh Hae Young

Imej
POINT OF ATTRACTION 1) Sinematografi best, cun, kebaboom. 2) Karakter setiap watak yang ada turun naik kehidupan dan perang emosi. Memang terbaik. 3) Terasa dekat dengan realiti. TAPI, mungkin lebih sesuai untuk tontonan dewasa. ^^ Assalamualaikum. Salam cuti sekolah buat mereka-mereka yang tengah seronok bercuti. Niat hati nak tulis entry, tapi asyik bertangguh-tangguh, tulis separuh jadi draft, sambungnya entah bila. Jadinya entry yang paling senang nak tulis dah tentulah entry pasal drama Korea. Sekelip mata, sedar tak sedar, tangan katuk-katuk keyboard, terus habis satu entry. Haha. Kali ini aku terasa macam nak kongsikan satu drama yang aku rasakan agak unik, fresh, dan macam magnet. Ya, tahu, memang aku lambat, orang lain mungkin dah habis demam Park Do Kyung, aku baru nak mula. Kan? Drama bertajuk Another Oh Hae Young / Another Miss Oh ini ditayangkan di tvN sebulan ke dua bulan lepas. Drama ini mendapat sambutan sangat menggalakkan dan dikatakan drama ini

Blogger Blog Take Down Notification?

Assalamualaikum. Salam 2 pagi. Salam hujung minggu. Dan salam cuti-cutian buat warga yang bercuti, beristirehat di hari Ahad bersama keluarga tercinta. Fuh. Panjang mukadimah. Didoakan semuanya sentiasa berbahagia dan bergembira hendaknya. :) Untuk aku pula, semenjak dua menjak ini adalah hari-hari yang tak berapa baik untuk aku. Salah satu punca aku jadi malas dah menulis. Nampaknya kena fikir-fikir untuk beli domain sendiri nampak gayanya ni. Huhu. Entah kenapa, stress jugalah memikirkannya, Blogger sibuk buat take down. Dalam minggu sudah saja aku dapat dekat 5 buah email dengan subject besar, "BLOGGER BLOG TAKE DOWN NOTIFICATION". Haaa. Dah sudah, apa kebendanya pula email yang aku dapat. Menurut blogger, entry-entry aku di blog K-DRAMA N ME diturunkan kerana ada yang memfailkan notis DMCA. Alah, kira macam aku gunakan harta benda orang tanpa kebenaran. Adoiii. Masalahnya, ada dekat 30 buah entry aku yang kena take down. Bukan sikit-sikit. Entry yang aku tu