18 Ogo 2017

Kualiti

Ogos 18, 2017 1 Comments
What is Accreditation? Accreditation is a self-assessment and external peer assessment process used by healthcare organizations to accurately assess their level of performance in relation to established standards and to implement ways to continuously.
PICTURES ARE TAKEN FROM GOOGLE. CREDIT TO THE RESPECTED SITE

Assalamualaikum.

Lama tak menulis. Rindu nak conteng-conteng, tapi apakan daya kerja menimbun. But it's okay, I love my job.
:)

Sebenarnya semenjak tulis entry tentang HAPPY THINGS, ada niat nak sambung entry berkisarkan apa yang berlaku pada hari konferens, tapi sampai ke sudah tak tulis-tulis juga. Haha. Jadi hari ini kita sambung eh. This entry will be a bit formal, a lot of facts and maybe new input for the readers out there. No no no, it is not a paid review, just a sharing of information.

Masa konferens kesihatan antarabangsa yang dianjurkan di KLCC tempoh hari, ianya dihadiri bukan saja oleh golongan profesional dalam bidang kesihatan tapi juga ramai yang datang melawat bukan daripada industri kesihatan. Yasmin Hani dengan Sha'arin pun ada. Heeee. Kiranya boleh dikatakan, ramai jugalah dari kalangan orang awam yang hadir ke konferens tersebut.

Soalan pertama bila orang awam dengar pasal MALAYSIAN SOCIETY FOR QUALITY IN HEALTH. Apa bendanya tu? Tak pernah dengar pun. Siapa MSQH? Apa yang mereka buat? Well, among healthcare industry people, especially those who involve in quality management of a hospital, will know in and out about Malaysian Society for Quality in Health or in short, MSQH. 

MSQH is a not for profit organisation, a brainchild of Ministry of Health and Association Of Private Hospitals, Malaysia (APHM). MSQH ditubuhkan pada tahun 1999, kira memang dah lama sangat. Tapi masih lagi tak ramai orang awam yang tahu siapa MSQH walaupun MSQH sebenarnya dah internationally recognised.

Yup! MSQH is an ACCREDITATION BODY in MALAYSIA also a standard writing organization that is internationally recognised and accredited by International Society for Quality in Health (ISQua). Sebelum ini MSQH lebih banyak menyebarkan "awareness" dikalangan hospital-hospital, mungkin sebab itu masih kurang informasi yang sampai kepada orang awam tentang MSQH.

Jadi siapa sebenarnya MSQH? 


Mesti ramai yang tanya apa bendanya akreditasi kan? Siapa tahu SIRIM? Bila kita gunakan sesuatu produk yang ada pengsijilan dari SIRIM, kita akan rasa lebih yakin untuk menggunakannya. Betul tak? Samalah juga dengan MSQH. MSQH sama fungsinya dengan SIRIM, cuma MSQH adalah badan akreditasi dalam bidang kesihatan.

MSQH telah menandatangani MoU bersama STANDARDS MALAYSIA pada tahun 2009 yang mana ianya mengiktiraf MSQH sebagai satu-satunya badan akreditasi dan standard dalam industri kesihatan di Malaysia. 

MSQH diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan sebagai badan akreditasi negara di Malaysia yang memberikan pensijilan kepada mana-mana hospital (kerajaan atau swasta), klinik-klinik kesihatan dan pergigian juga pusat dialisis, yang mana mereka memohon untuk menjalani proses survey dan jika berjaya akan menerima sijil pengiktirafan dari MSQH.

MSQH akan mewujudkan committee dengan mengumpulkan golongan-golongan berpengalaman dalam bidang kesihatan contohnya Pengarah Hospital, Ketua-Ketua Jabatan dari Kementerian Kesihatan, Engineer-Engineer yang berpengalaman, Matron, Director of Nursing, Doktor-Doktor yang pakar dalam bidang masing-masing, akan duduk dan mengeluarkan buah fikiran dan menghasilkan satu guideline atau standard yang mana ianya akan digunakan untuk menilai sesebuah hospital.

Ada 6 aspek utama yang dinilai.
1) Organisation and Management
2) Human resource development and Management
3) Policies and Procedure
4) Facilities and Equipment
5) Quality Improvement Activities
6) Safety and Special Requirements

Bila hospital mohon untuk menjalani apa yang disebut sebagai "SURVEY", bukan audit ya, tapi survey. Kenapa aku sebut sebagai survey? Sebab ianya lebih kepada proses perkongsian dan pembelajaran untuk menaiktarafkan kualiti sesebuah hospital.

MSQH sangat mementingkan 2 perkara, keselamatan pesakit dan juga keselamatan pekerja hospital. At the end of the day lepas selesai survey, kita nak tahu, samada hospital itu selamat tak untuk pesakit dan individu yang bekerja di situ. By complying to the standard guidelines, it will subsequently lead to a better, quality and safer healthcare system.


Sebab itu sekarang, tumpuan kita juga adalah untuk educate public tentang ini. Kalau anda ke mana-mana hospital, anda boleh tengok samada ianya diikitiraf oleh MSQH atau tidak. Boleh KLIK LINK INI untuk lihat senarai penuh hospital yang diiktiraf oleh MSQH.

Semoga dengan penulisan yang tak berapa formal ini dapatlah aku kongsikan sedikit informasi tentang sistem kesihatan di Malaysia dan macam mana kita nak tahu satu-satu hospital itu adalah berkualiti dan selamat. Kualiti dari segi apa dan selamat dari segi apa. Harap beri manfaat. Any inquiry boleh ke website MSQH.

Selamat membaca. Assalamualaikum.


6 Ogo 2017

Happy Things

Ogos 06, 2017 0 Comments
Assalamualaikum.

Esok dah Jumaat. Hoyeah! Hujung minggu! 
:)

Dah pukul 11 malam dah, tapi sebab dah teguk 2 cawan kopi petang tadi, mata pun jadi segar bugar. Padahal penat ni. Haha. It was a really tiring week. Emotionally draining but at the same time it gave you a special power boost. Thinking back about it, makes me smile.
:)

Baru balik dari 4 hari outstation, unlike outstation sebelum ini, I'm no longer attached to my boss, now I'm a lone ranger, independently working and coordinating the whole process. Phew!! Memang takut juga mula-mula bila dah kena kerja seorang diri, tapi bila dah laluinya, rasa macam gaining something precious, experience yang tak ternilai. Well, walaupun ada ups and downs, happy dan sedih, tapi itulah kehidupan kan. It's a mixture of every emotions. That's the spices of life. 
:)


The first day was kinda excited mixed with worries. Tons of worries. Takut juga kalau tak dapat nak adapt dan coordinate the whole process, but I'm lucky to have a team of surveyors yang jaga aku macam mak dengan abah. I feel safe, like I'm at my own home and of course I learn a lot by participating in their discussion.

The second day was a bit of disaster. I got really stressed out and feeling very down. Heh. Aku senang dipengaruhi dengan kata-kata orang, jadi in the end, aku sendiri down bila kata-kata orang berunsur negatif dan destruktif. Well, I must learn to not be easily manipulated by words and situation. I know it will takes time, tapi aku kena cuba. Kalau tak, sampai bila-bila semangat aku mudah dijatuhkan orang. So, I need to learn to be strong, to be firm. 

But, overall, the positivity that I received override the negativity that I felt during the first day. I feel happy for my first independent "work". Jumpa ramai orang, kenal ramai orang, belajar banyak benda dari macam-macam orang. Definitely worth it. One more best thing that I encountered adalah waktu duduk di hotel. I met with a cheerful, friendly kakak coffee house dekat Swez Brasserie, Eastin Hotel. Nama kakak baik hati tu Zamzurina tak silap aku. Seronok rasa dapat kenal dengan akak ni, she took care of me during my stay there. Rasa macam seronok ada kakak. Haha. Was thinking of getting her number before I left, tapi terlupa pula. Haih. 

Semoga kita jumpa lagi ya kak Zamzurina. Terima kasih sebab jaga saya. Akak memang terbaik!! Haha.
:)

Okaylah, masa untuk tidur. Jaga diri semua. Tata titi tutu. Assalamualaikum.

29 Jul 2017

I Can

Julai 29, 2017 0 Comments
Assalamualaikum.

Malam semua. Nak tidur dah ke? Mata aku pun dah berat sangat dah sebenarnya, tapi gagahkan juga diri nak menulis. Excited nak menulis. Heeee.

Aku sendiri baru balik dari menghadirkan diri ke APHM 2017. Pertama kali attend healthcare conference, as an exhibitor. To be honest juga, pertama kali dapat join event healthcare from the other side of the "view". If you know what I mean. Haha.

Mula-mula cuak sebenarnya bila kena pergi, takut ada, kemalasan pun dah tentu-tentulah datang sekali. Pakej orang kata. Bukan apa, rasa masih lagi anxious bila dalam crowd. Rasa macam socially awkward, walaupun dah 2 kali pergi survey. It takes time, but I know I'll slowly overcome that.

So today is the day, a platform to fight this social anxiety, to make it go away and learn to approach people without feeling scared and self-conscious. I can't say I'm proud of myself, not yet anyway, but I feel happy to talk to a lot of people, from different field, different background. I even spoke to a Japanese, and managed to introduce her to Malaysian Society of Quality in Healthcare. Haha.

Conversing with that Japanese lady, really boost my confidence. Looking at how she spoke to me even with unclear pronunciation, she still appeared steady and kept her poise, and talking in confidence. She's so cool.
:)



Jaga exhibition dari 9 pagi sampai 5 petang, walaupun penat tapi dapat belajar banyak sangat benda. Dapat kenal ramai orang, dapat free gift, dapat ilmu, dapat cuci mata juga. Ops!!! Siap terserempak dengan Yasmin Hani dan suaminya lagi datang attend conference. Cantik!!
:)

Honestly, there are still a bunch of things that I want to learn, experience that I want to gain. Of course, a goal that I want to achieve. Hoping and praying for the best. Heeee. Okaylah, kena tidur dah. Rasa macam tak nampak dah apa yang aku taip. Haha.

Selamat malam semua. Jaga diri. Assalamualaikum.

25 Jul 2017

3 Times

Julai 25, 2017 0 Comments
Assalamualaikum.

Salam 12 tengah malam. Sebelum tidur, nak tanya, siapa pernah baca artikel tentang 3 kali? 3 orang? Aku suka sangat dengan artikel yang housemate aku kongsikan ini, deep and meaningful. Dan aku bersetuju dengan lontaran pandangan penulis artikel itu.

Tajuk artikel itu berbunyi, "Kita Cuma Akan Jatuh Cinta Dengan 3 Orang Sepanjang Hidup Kita". Mesti kau tertanya-tanya, kenapa 3 orang? Aku pernah couple lebih dari 3 kali oii, aku pula tak pernah bercinta lagi oii. Haha.

Bagi aku artikel ini bersifat abstrak. 3 orang yang dimaksudkan di sini, aku tak ertikannya sebagai orang. Dalam pandangan aku, 3 orang itu bermakna 3 kali, 3 fasa, dalam hidup kau. Yup! It is true if we are thinking it that way. It makes whole lot of sense.

Jom baca dulu. 



We Only Fall in Love with 3 People in Our Lifetime—Each One for a Specific Reason.
1. Often our first is when we are young, in high school even. It's the idealistic love—the one that seems like the fairytales we read as children.

This is the love that appeals to what we should be doing for society's sake—and probably our families. We enter into it with the belief that this will be our only love and it doesn't matter if it doesn't feel quite right, or if we find ourselves having to swallow down our personal truths to make it work because deep down we believe that this is what love is supposed to be.

2. The second is supposed to be our hard love—the one that teaches us lessons about who we are and how we often want or need to be loved. This is the kind of love that hurts, whether through lies, pain or manipulation.
We think we are making different choices than our first, but in reality we are still making choices out of the need to learn lessons—but we hang on. Our second love can become a cycle, oftentimes one we keep repeating because we think that somehow the ending will be different than before. Yet, each time we try, it somehow ends worse than before.
Sometimes it's unhealthy, unbalanced or narcissistic even. There may be emotional, mental or even physical abuse or manipulation—most likely there will be high levels of drama. This is exactly what keeps us addicted to this storyline, because it's the emotional rollercoaster of extreme highs and lows and like a junkie trying to get a fix, we stick through the lows with the expectation of the high.
3. And the third is the love we never see coming. The one that usually looks all wrong for us and that destroys any lingering ideals we clung to about what love is supposed to be. This is the love that comes so easy it doesn't seem possible. It's the kind where the connection can't be explained and knocks us off our feet because we never planned for it.
This is the love where we come together with someone and it just fits—there aren't any ideal expectations about how each person should be acting, nor is there pressure to become someone other than we are.

Meaningful aite? Betul seperti yang penulis itu tulis, sepanjang hidup kita, kita akan lalui fasa perhubungan seperti yang tertulis. Percintaan di usia muda remaja, sangat muda. Bercinta kerana suka-suka, kerana fantasi yang kita tanam dalam kepala otak kita, cinta yang wujud kerana ikut-ikutan, kerana angan-anganan.

Bila kita matang sedikit, kita lalui fasa cinta yang kita dah cukup yakin itulah cinta yang akan kekal, tapi fasa itu sangat sukar, sangat perit, sangat sukar kita nak lalui. Fasa cinta seperti ini yang akan mendera rasa jiwa kita sebab kita yakin ianya akan ada happy ending.

Sampailah satu fasa yang kita dah cukup matang, kita tak terlalu mengejar sesuatu perhubungan, kita biarkan saja dan serah pada takdir. Kadang, ada waktu kita dah tak berharap sangat. Waktu itu kita jumpa satu lagi cinta yang nampak macam tak boleh nak percaya sebab dia datang begitu saja, senang. Sesuatu yang kau tak boleh nak zahirkan dengan kata-kata sebab kau tak sangka kau akan jumpa lagi dengan cinta.

Ianya bukan tentang kuantiti, berapa ramai orang, berapa banyak kali kau bercinta. Tapi ianya lebih pada 3 fasa yang kau lalui, yang kau timba dalam satu benda yang dinamakan perhubungan. I believe it's true. Do you?

Good night people. Take care. Assalamualaikum.

23 Jul 2017

Grab

Julai 23, 2017 0 Comments
Assalamualaikum.

Siapa suka pergi bercuti? Siapa yang dah lama tak cuti-cuti jalan sana sini tengok tempat orang?

*Angkat tangan sendiri*

Haha. Cuti-cuti kita cerita dekat hujung-hujung nanti eh. Tiba-tiba rasa macam nak cerita pasal Grab Car. Aku jarang ambil pengangkutan awam, sebab tak ada keperluan waktu itu. Zaman belajar dulu kala pernahlah ambil teksi sekali dua. Bila dah duduk KL, tambah lagi di zaman yang serba maju macam sekarang, bukan saja ada teksi, bas, LRT, malah ada Grab Car, ada Uber.

Duduk KL, kau memang akan rasa malas nak memandu sendiri sebab jalannya yang selalu sesak dan buat kau selalu sesat. Itu akulah. Haha. Jadi, solutionnya, aku mula belajar ambil Grab Car. Mudah pun mudah sebab kita boleh book melalui apps. Kita boleh tengok identiti driver kita, kereta dia, kedudukan dia, dan juga harga tambang yang kita perlu bayar. Canggih betul zaman sekarang eh. Haha.

Jadi sekarang kalau aku outstation, contoh macam minggu depan aku akan ke Damansara, choice of transportation aku mestilah Grab Car. Aku tak nak jadi macam beberapa bulan lepas, nak pergi Sentul tapi sampai Gombak. Zzzz sangat. Memandu seorang diri, dengan Waze yang asyik recalculate, memang meraunglah dalam kereta. Itu tak kira kalau kau sesat time waktu jalan sesak. Perghhh!! Menangis lagi. Kekeke.

Apa yang paling best pasal Grab, aku dapat bagi bintang dekat driver Grab. Adoi! Aku suka betul bagi bintang dekat orang. Rating-rating memang hobi akulah kiranya. Sampai saja destinasi yang dituju, aku akan terus buka apps, dan bagi bintang-bintang berkerdipan pada abang-abang jua pakcik-pakcik, kakak-kakak serta adik-adik. Haha. Aku tak tahulah, mungkin sebab nature aku suka menulis, tangan aku mesti confirm wajib harus tinggalkan komen sekali lepas dah bagi bintang.

Ops!! Setakat ini komen-komen kebaboom puji memuji ajelah yang aku bagi. Sebab semua best-best belaka. Hmm. Agak-agak mereka baca tak komen yang aku tinggalkan eh? Hurmmmm.



Okay, sebelum kita bubuh noktah dan tekan publish, aku nak khabarkan dekat semua orang yang Grab dan Traveloka bekerjasama dan buat satu contest. Hadiahnya adalah tiket penerbangan sekali dengan hotel untuk melancong ke negara-negara South East Asia. Apa tunggu lagi, jom usha apa REQUIREMENT dia. Heeee. Good luck.

Selamat malam semua. Assalamualaikum.








22 Jul 2017

Yang Pertama :)

Julai 22, 2017 0 Comments


Assalamualaikum.

Eh! Sabtu dah separuh hari berlalu. Padahal tak buat apa sangat pun. Hahaha. Bergolek-golek, terlelap kejap, masak, makan, golek balik, lelap balik. Kekeke. Anda-anda semua buat apa aje? Mesti pergi open house, kenduri kahwin, makan kambing golek kan? Sedap sangat.

Tak lama lagi filem Kau Yang Satu lakonan Aaron Aziz dan Izara Aishah akan ditayangkan. Aku bukanlah peminat filem adaptasi, sebab selalunya adaptasi kurang menjadi, feel dia jadi ke lain. Kadang apa yang ada dalam novel, tak sesuai nak diangkat ke layar perak. If you know what I mean. 

Novel KAU YANG SATU adalah antara novel-novel pertama yang aku baca zaman muda remaja belia dulu. Ada 2 novel yang jalan ceritanya melekat dalam kepala aku dan beri kesan sangat mendalam sampai duduk berangan-angan. Sebab itu zaman dulu, blog aku penuh dengan tulisan cinta. Merepek aje banyak sebenarnya. Haha.

Selain novel Kau Untukku karya Aisya Sofea, satu lagi adalah novel ini karya Nia Azalea, iaitu KAU YANG SATU. Waktu itu, aku rasa kisah cinta Nurul Umairah - Ahmad Fuad & Salina - Taufik adalah kisah cinta yang sangat indah dan romantis. Kah kah kah. Dah habis baca, duduklah berangan seorang diri, nak ciri-ciri suami begitu begini, nak kahwin sebelum umur begini begini. I became a hopeless romantic. Haha.

Sebenarnya aku terfikir sesuatu, I believe apa yang kita baca dan expose masa zaman muda belia nak masuk 20an sedikit sebanyak boleh pengaruh pemikiran kita. I believe so, melihatkan pada diri sendiri. For nowadays generation, not so much of books, but more towards social media. World of no boundary. And people, that is scary!!!

Macam-macam berita sekarang kan, yang pelik-pelik, yang tak kita jangka, yang buat kita rasa jijik, buat kita mengucap panjang. Pemangsa dan mangsa adalah remaja. Belasan tahun. Hmmm. Things will get out of control if we do nothing. If we just sit and sigh. Kids nowadays unlike us, they are quick to learn. What we are expose to during our times are different from theirs. That's why jadi seorang mak dan seorang ayah pada zaman ini sangat mencabar. Semoga kita diberi kekuatan dan kesabaran untuk mendidik dan menegur.

Happy weekend. Assalamualaikum.
:)


Penunggu

Julai 22, 2017 0 Comments



Assalamualaikum.

Salam hujung minggu. Hmm. Syawal dah nak habis kan? Rasanya dah masuk 28 Syawal kot, tapi dekat KL masih bersepah-sepah lagi open house. I bet next weekend will be too. As for me, weekend will be bed, kitchen, sleep, cook, movie/series marathon. Sounds boring? Not for me. Haha. 

While browsing through Instagram, I saw a friend sharing this video, from an account called Melody Dalam Puisi. A great account to follow. You can follow them on their Instagram account, as well as their Facebook page. The video title is WANITA YANG PANDAI MENUNGGU. It was sooo inspiring. Well, inspiring bagi aku at least, seorang bekas penunggu. Hahaha. 

Sehebat apa kita setia.
Selama apa kita menunggu.
Sekeras apa kita bersabar.
Semua...
Telah ditetapkan-NYA.
:)

I never regret waiting, but I decided not to wait anymore. I'm letting it go, as I'm not young anymore. Maybe my circle of social life has widen since I'm on this job, and maybe there are plenty of chances out there for me to get to know people, and there are so many maybe, that I don't have the answer for. But, ALLAH knows best. HE is a great planner after all. 

Apa pun, aku suka mesej dalam video atas tu. Okaylah, selamat malam. Selamat berhujung minggu dan selamat beropen house semua. Makan elok-elok, jangan sampai kena food poisoning okay. Assalamualaikum.


P/S: Penyebab Senyuman Dalam Rahsia, sedap nama aku bagi ni kan? Haha. Tapi nampaknya aku tak boleh simpan dah epal merah berukir. Apa pun, terima kasihlah.
:)

21 Jul 2017

#ReunitedWorlds You Gotta Love It!

Julai 21, 2017 0 Comments
This drama is a love story between an 19-year-old man and 31-year-old woman, born in the same year and were childhood friends.

Although born in the same year, two childhood friends end up being 12 years apart because they have aged at different places (worlds) for some strange reason. Now Jung Jung Won (Lee Yun Hee) is a 31-year-old woman but Sung Hae Sung (Yeo Jin Goo) is still a 19-year-old boy. Meanwhile, Cha Min Joon (Ahn Jae Hyun) is a chef also interested in Jung Jung Won.



Assalamualaikum.

Lama tak update, sangat busy dengan kerja. Minggu depan outstation lagi, banyak benda nak kena review, tambah lagi dengan Association of Private Healthcare Malaysia International Conference and Exhibition, memang tak menang tanganlah. But, I love my job.
:)

This post will not be long. Cuma nak cakap, aku tak sengaja terdownload drama Korea baru yang menggantikan Suspicious Partner. Tajuk dia REUNITED WORLDS. Kenapa aku cakap tak sengaja, sebabnya aku tak berapa minat hero heroin dia. Cuma ada satu watak kecil yang aku minat dalamnya, Kwak Dong Yeon. Haha. Bila nampak kan cerita baru ini, terus aku cari sinopsis. Bila dah baca, teruslah tersangkut. Dah baca kan sinopsis? Yup! This is my kind of genre. Fantasy, mystery, romance. Aku pun download, sehari dia akan tayang 2 episod dan setiap episod durasinya 30 minit. Kiranya seminggu akan ada 4 episod.

Jalan cerita dia sangat menarik. Kisah seorang lelaki yang dikatakan "meninggal" pada usia 19 tahun. Namun entah macam mana dia kembali semula selepas 12 tahun, tapi masih dalam tubuh 19 tahun. Sedangkan kawan-kawan dan kekasih dia semua dah mencecah umur 31 tahun. Haaaa. Menarik kan. Lepas aku download terus aku layan. What can I say, setakat 2 episod yang aku layan, cerita ini memang kena dengan taste aku. You gotta love it. Bride of Water God aku tak tengok lagi, sebab nak kumpul bagi habis semua episod, barulah best layan. Haha.

Bagi sesiapa yang rasa nak tengok trailer, boleh usha di bawah. Bagi yang nak layan online, bolehlah pergi Kissasian. Aku harap momentum drama ini akan terus kekal seperti sekarang.

Aku bagi 4 daripada 5 bintang. Heeee. Okay, tidur dulu ya. Selamat malam. Assalamualaikum.

:)





16 Jul 2017

TO-I-LET

Julai 16, 2017 0 Comments
Assalamualaikum.

Happy weekend!! Salam 1 tengahari. Haha. What a weekend, lazying around, marathoning my favorite series. I managed to finish 3 series to be exact; Once Upon A Time, The Vampire Diaries, Marvels Agents of Shield and Sleepy Hollow. Gotta catch up with Supergirl and The Flash next. Of course, kena selit jugalah kerja sikit di hujung minggu. Walaupun prinsip aku, leave work at work, tapi kadang kalau dah deadline semua bertindan-tindan, nak tak nak kena jugalah bawa balik. Zzz.

Benda yang aku tergerak nak tulis ini, sebab aku nampak ada post yang tengah hangat orang cerita. Yup! The title says it all. Saja aje buat ejaan begitu, kalau eja TOILET macam tak berapa best. Hahaha. I was having the exact same problem when I went for outstation a few days back. Tandas dia tak ada hos paip, maksudnya jamban dia pakai bidet. To make matter worst, bathtub dia punya shower jenis yang stick to the wall. Now you tell me, how much I need to suffer. Kekeke.

Sepanjang aku duduk di hotel 4 hari, aku sangat rindukan hos paip dekat rumah. Siap termimpi-mimpilah oii. Seriously aku tak rasa bidet sesuai dengan culture kita, Malaysian. Rasa macam tak bersih bila tak ada hos paip. Semua "kerja" tergendala. I had to wait for 4 days to empty my colon's content, end up I had terrible constipation and going down with fissures and bleeding. Haha.

Katalah kalau tak ada hos paip pun, paling tidak pun shower bathtub janganlah buat yang stick to the wall. Please think about us, especially ladies. Heh. Nak ambil air sembahyang pun seksa okay sebab bathtub punya paip bawah terlalu dekat dengan tub dia. Kesimpulannya memang sangat tak praktikal dan aku faham penyeksaan yang penulis di Facebook itu tulis tentang tandas. Sebab itu kecintaan aku pada tandas cangkung tak pernah pudar. Hahaha.

Okay, kita pergi masak dulu untuk mengisi perut yang berkeroncong eh. Lain kali tulis lagi. Selamat berhujung minggu semua. Assalamualaikum.

:)

15 Jul 2017

A Challenge And A Smile

Julai 15, 2017 0 Comments
Assalamualaikum.

Pukul 1 dah, mata pun ngantuk sebab siapkan kerja yang bertimbun dan bertangguh. Tapi gigih juga nak tulis entry. Haha. Hari ini baru saja balik dari outstation, sampai saja di rumah sewa, terasa heaven sangat sebab tandas ada hos paip, dan aku dapat jumpa balik kipas kesayangan aku. Haha.

Serious, aku tak gemar kalau duduk hotel tapi tandas dia tak ada hos paip. Aku orang Melayu okay! Tak reti nak pakai bidet bagai ni semua. Zzz. Dan aku rindu kipas sebab aku lagi prefer kipas dari aircond. Siapa sama kita geng! Kikiki.

Petang tadi rakan sekerja aku tolong snap gambar majalah yang sememangnya aku nanti-nantikan kehadirannya dari bulan lepas lagi. Heeee. Awal bulan lepas rasanya, tiba-tiba dapat tugasan mengejut dari bos, walaupun report bertimbun tapi ku gagahkan juga sebab aku kan suka menulis, tambah bila dah diberi peluang, siapa yang nak lepaskan, betul tak?



Aku diberi satu tugasan yang agak mencabar. Bagi aku sangat mencabar jugalah. Memanglah aku bercita-cita nak terbitkan novel sendiri suatu hari nanti, tapi novel bahasa Melayu. Tak pernah terfikir nak tulis dalam bahasa Inggeris sebab penulisan aku biasa-biasa saja. Masa nak merangka artikel ini memang agak stress jugalah, banyak kali aku padam dan tulis, lalu padam lagi, dan tulis, dan begitulah seterusnya. Sampailah kerajinan tahap super datang, aku abaikan segala rasa stress, memang aku menghadap benda alah itu ajelah. Dalam 2 ke 3 jam siaplah artikel aku berjumlah 5 helai muka surat A4. 

Lega, sebab berjaya siapkan seperti yang diminta, iaitu dalam masa 3 hari. Haaa! Setelah ditunjukkan pada bos dan ditambah sana sikit sini sikit, akhirnya artikel ini aku hantar pada pihak editor, dan Alhamdulillah tak ada perubahan pun dan berjaya dicetak minggu lepas.

Jangan lupa ya beli majalah INFOMED keluaran JULAI - SEPTEMBER 2017, dan baca artikel dari aku. Hihi. Walaupun cita-cita nak publish novel belum tercapai lagi, mungkin ini satu langkah kecil ke arah itu, siapa tahu, kan?

So happy. I get an opportunity that I never even dreamt of. And I'm grateful for that. Syukur Alhamdulillah. More to learn, more to gain, more to go.

Selamat malam semua. Assalamualaikum.


P/S: Never underestimate yourself and never think that you cannot do it. YOU CAN DO IT!! Believe in yourself. Smile when you face a challenge.
:)








12 Jul 2017

Despacito What??

Julai 12, 2017 1 Comments
Assalamualaikum.

Salam hujung minggu semua!! Hujung minggu yang tak hujung minggu sangatlah bagi aku, sebab nak kena pergi outstation hari Ahad nanti. Walaupun dalam KL, tapi kena packing beg baju bagai juga. Walau dalam kemalasan, ada excited jugalah. Haha. Semenjak dua menjak aku suka sangat main benda alah Insta Story, jadi bolehlah aku menyemakkan Insta Story aku dengan macam-macam cerita. Kekeke.

Oh ya. Cerita pasal Despacito. Aku perasan masa bulan puasa hari itu agaknya, atau mungkin sebelum bulan puasa lagi, duduk viral lagu Despacito dan ramailah buat cover lagu ini. Bila baca lirik dia, amboi, tak senonoh benar ya. Haha. Mostly Spanish song memang begitu, yang aku perasanlah.

Aku pun layan juga lagu Latino. Bukan Kpop aje. Semua aku dengar asal kena selera. Lagu terakhir yang aku suka dengar adalah satu lagu dalam drama Jane The Virgin. Sedap. Jadi terus google dan jumpalah dengan David Bisbal - Esclavo De Sus Besos. Lagu-lagu depa memang syok layan, especially untuk tujuan menari dan mengeluarkan peluh. Haha.

Lagu Despacito bagi aku sedap juga cuma bila teringatkan lirik dia, terus aku terfikir 2 3 kali nak masuk dalam playlist. Ubah lirik boleh tak Luis Fonsi? More towards pure love story. Heeee.

=p


Aku dah nak tidur sebenarnya, macam mana entah boleh tak sihat. Dah lama sangat tak kena set sakit tekak + demam + selsema. Seksa oii. Huhu. Tak apalah, sakit penghapus dosa. Kan? Okaylah, ada masa nanti aku update lagi. Tak pun aku spam Insta Story aje. Haha.

Okay, daaa. Jaga diri semua. Selamat bermimpi yang indah-indah. Assalamualaikum.







7 Jul 2017

Saga

Julai 07, 2017 0 Comments
Assalamualaikum.

Selamat malam. Esok dah Jumaat eh, kejap benar rasanya. Rasa macam baru semalam cuti panjang 9 hari bermalas-malasan di rumah. Malas dia tu sampai rasa bila kau pergi kerja pagi-pagi nak "panjat" jejantas, kau bayangkan boleh merangkak / bergolek naik dan turun tangga jejantas. Hahaha. *tampar sikit muka*

Kena mula balik senam, rasa macam stamina dah kurang, yang bertambah cumalah berat. Oh! Oh! Oh! Hari Ahad dah nak outstation, harapnya kerajinan akan sampailah hujung minggu ni. Bila malas bertambah, rajin dia tu banyak pergi pada Facebook dan Instagram. Haish. Apa nak jadi ni. =p

Benda yang aku suka bila layan Facebook, bila follow kawan abah aku, merangkap mak kepada rakan sepermainan aku masa kecil. Beliau sangat suka kongsikan gambar-gambar dan suasana di Sarawak, particularly Miri dan Sibu. Miri boleh dikatakan tempat aku membesar jugalah. I spent nearly half of my age there. Hmmm. Around 12 years if I am not mistaken.

Terlalu banyak sangat kenangan dan satu-satu semua aku ingat dan aku sisip dalam kotak ingatan aku. Aku masih lagi ingat baunya, anginnya, rumah lama aku, semuanyalah. Rindu oii. Masa di Miri dulu, kami sekeluarga duduk dekat Holiday Park, sebab dekat dengan Maktab Perguruan Sarawak, tempat kerja abah.

Holiday Park sangat dekat dengan pantai. Keluar saja dari taman kau akan nampak pantai depan mata. Pusing kiri pergi sekolah rendah aku, pusing kanan pergi sekolah menengah aku. Memang aku ingat setiap satunya. Mujur sekarang dah ada Google Street kan, kau boleh tengok semuanya. Dan aku pun skodenglah rumah lama aku dekat Jalan Aru 2B. Sambil-sambil usha rumah ex-pakwe sebelah rumah. Hahaha.

=p


Aku teringat pasal rumah lama aku sebab nampak kawan abah post gambar pokok saga dekat Facebook. Dulu dekat Holiday Park ada satu pokok saga besar, depan rumah cikgu sekolah rendah aku. Selang beberapa jalan, rumah aku. Haha. Petang-petang, kadang-kadang aku bawa adik aku dengan jiran-jiran aku pergi kutip biji saga banyak-banyak. Aku bawa balik rumah bagi dekat mak. Nanti mak akan jahit kain dan masukkan biji saga di dalamnya. Jadilah permainan batu seremban. Haha.

In shaa Allah, ada rezeki nak jejak kaki ke Miri bawa family. Atau pun tinggal dekat sana pun best juga kan? Heeee. Future planning orang cakap. Okaylah, kalau layan jari dengan memori segala kenangan indah memang takkan habis nak ditulis. Lain kali kita sambung lagi. Selamat malam semua.

Assalamualaikum.


P/S: Seronok betul layan Google Street, macam-macam tempat nak pergi. Kekeke.



Rumah lama aku. :)



Yang ini pula sekolah rendah aku, tapi itu bangunan baru. Zaman aku dulu semua kelas bangunan kayu. :)



Pantai yang akan kau nampak bila keluar dari Holiday Park. Dulu penuh dengan pokok aru, tinggi-tinggi belaka. :)



Tempat kerja lama abah. Tempat aku belajar mengaji. Tempat aku belajar main tenis. Teman aku bagi makan labi-labi, buaya dan monyet. :)



Dan sekolah menengah aku. Pengetua merangkap ayah angkat yang sangat supportive. Always couraging his student. :)



5 Jul 2017

Road To 35

Julai 05, 2017 2 Comments
Assalamualaikum.

Dah masuk hari ketiga mula kerja lepas bercuti seminggu. Masih terasa kemalasan dan kemengantukan lagi. Haha. Terpaksalah bancuh kopi bagi segar sikit mata dan otak. Oh ya, dan sambil-sambil kita buka dashboard dan taip entry.

Hajat nak capai balik ribu riban punya view dekat blog. Mana tahu ada peluang boleh apply Google Adsense ke, Innity ke apa ke kan. Side income orang kata. Hehe. Dalam 2 ke 3 hari kemalasan aku bekerja inilah aku duduk berfikir masa depan. Haha.

Hati meronta sangat nak beli rumah. Mungkin sebab cuti raya tempoh hari aku dengar sembang-sembang abah aku dengan Ayah Long aku tentang beli rumah. Rumah lelong, rumah kerajaan Johor dan macam-macam lagilah kan. Tergoda jugalah hati hamba. Aset oii. Umur dah 30, sepatutnya dah ada aset. Tapi di manakah ia? Mana? Mana?
T_T


Bila dah banyak setback dalam hidup kau, automatik banyak benda akan terganggu dan tergendala. Sama juga dengan perancangan nak beli rumah, nak beli tanah, nak kumpul aset. Hmm. Aku ada terbaca satu artikel tentang sebelum capai umur 35, anda dah perlu ada berapa banyak aset. Dan penulis itu kata, kena mula dari umur 25. Adoi. Tergores hatiku membacanya. Umur 30 pun okay lagi kan? Kena kerja kuatlah gamaknya. Nak beli rumah untuk mak abah, untuk diri sendiri. Kalau dapat beli tanah dan bina rumah lagi seronok. Ikut apa yang kita inginkan.

Dulu-dulu berangan nak bina rumah atas tanah sendiri dengan 8 - 10 bilik. Untuk duduk mak abah, adik-adik. Heee. In shaa Allah, doakan aku tercapai hajat aku eh. Heee.

Okay, sambung kerja. Walaupun hakikatnya dah pukul 5. Haha. Have a good day people. Assalamualaikum.





4 Jul 2017

Yang Mana Satu?

Julai 04, 2017 2 Comments
Assalamualaikum.

Selamat malam. Semalam tulis entry di Melaka, hari ini kita tulis entry di KL pula. Haha. Begitulah kehidupan seorang perantau. Dah dapat cuti sampai 9 hari, mulalah terasa kemalasan yang berganda. Kan kan kan? Haha.

Okaylah, semalam entry dah sedih, kita campak jauh-jauh. Bersedih tak payah lama-lama. Sehari cukup. Haha. Daripada duduk bersedih duka lara, kita doakan yang baik-baik aje untuk semua orang, tak lupa untuk diri sendiri juga. Heeeee.

Semenjak dua menjak, otak banyak fikirdan duduk buat percaturan dan perkiraan. Aku dah bekerja di MSQH dah nak masuk bulan kelima. Aku akui kerja ini memang banyak benda kau akan belajar. Kau akan belajar multitasking. Banyak sangat pengalaman berharga boleh kau timba walaupun kau bukan lagi dalam bidang klinikal. Tambah lagi bila kau dapat peluang untuk jalankan akreditasi dekat sesebuah hospital. Bulan Julai ini saja ada 2 hospital yang akan aku pergi.

Kau akan belajar semua aspek dalam pentadbiran hospital. Dan tak lupa juga, dunia klinikal masih ada sangkut paut. Memang kena dengan minat dan jiwa aku. Aku sendiri dah rancang nak sambung Master jika ada rezeki. Nak ambil MBA khusus dalam Hospital Management. Pengalaman yang ditimba dalam bidang ini memang cukup berharga bagi aku. Rancangnya nak stay lebih 2 tahun, In shaa Allah.


Ada rakan aku yang utarakan soalan ini pada aku, dia tanya mana satu yang akan aku pilih, kerja yang kau boleh timba pengalaman yang banyak dan berharga tapi gaji tak setimpal walaupun dah kerja lama ATAU kerja yang biasa-biasa macam robot tapi gaji banyak bonus banyak, senang kata masalah duit tak runsinglah. Haha.

Aku jawab apa? Entah. Aku tak bagi jawapan apa-apa. Sebab situasi aku sekarang tak melayakkan aku untuk jawab soalan seperti itu yang lebih berat sebelah. Anda-anda semua, apa yang anda-anda akan pilih? Hehe. Teringin juga nak tahu pandangan orang lain.

Okaylah. Tidur dulu. Selamat malam. Assalamualaikum.






3 Jul 2017

B.E.A.U.T.I.F.U.L

Julai 03, 2017 1 Comments
Assalamualaikum.

Heee. Salam 8 Syawal nak masuk 9 Syawal buat semua. Yang mana cuti seminggu mesti seronok kan sebab esok dah nak mula kerja. Kekeke. Open house, beraya bagai semua kita tolak hujung minggu ya. Oh ya, dan bolehlah kita mulakan semula misi mengurangkan #memok yang datang kembali musim raya ni. Haha. Aku sendiri pun rasa dah memok sangat bila cuti seminggu, duduk rumah, makan sedap-sedap.

Macam manalah agaknya bila mula balik jalan kaki nak pergi kerja, mahu mengah-mengah agaknya naik jejantas. Haha. Separuh tahun pertama dah berjaya kurangkan 12kg. Untuk separuh tahun kedua, target nak buang lagi banyak. 24kg ke? Chaiyok!!!

Bila diri memok, kadang datang perasaan, buruknya aku, selebet dan selekehnya aku. Kadang-kadang perasaan negatif tu akan datang jengah tiba-tiba, tapi sebenarnya itu boleh jadi pemangkin semangat untuk buang lelemak yang menghuni badan kita ni.

Aku ada terbaca satu artikel tentang macam mana seorang mak ajar anak definisi gemuk, dek kerana anak dia kata mak dia gemuk. Selalu aje kita tengok kan orang gemuk kena ejek, kena hina, kena kata belakang, selalu sangat. Emotional bullying namanya tu. Itulah yang terjadi bila kita dah terbiasa mengkategorikan gemuk itu tak boleh duduk dengan perkataan "CANTIK". Bukan nak galakkan orang jadi gemuk, cuma untuk bagi semangat dekat mereka, tiupkan rasa positif dan semangat untuk mereka, yang mereka pun cantik. Sebab cantik sangat subjektif. Ada orang mungkin rasa yang begini cantik, ada pula yang mungkin anggap yang begitu lebih cantik.

Macam makcik bawah ni cakap. Heeee.
:)

Tetiba pula cakap pasal cantik dan saiz kan. Hahaha. Okaylah, selamat malam semua. Assalamualaikum.



P/S: Maaf. Mungkin aku tak patut hantar kad raya tu dekat kau kan? Sorry if receiving it makes you feel uncomfortable. Salah timing aku hantar. Haha. Semoga kau terus bergembira dan berbahagia. Dan sentiasa senyum macam gambar-gambar raya kau, sebab kau nampak sangat bahagia. Heeee. Jaga diri. Dan jaga kesihatan. 

2 Jul 2017

Bride Of Water God Habaek Bakal Merampas Takhta Dari Goblin?

Julai 02, 2017 0 Comments
Assalamualaikum.

Salam raya ketujuh. Sekejap aje dah seminggu ya. Mood beraya tak berasa sangat sebab duduk rumah menghadap kucing-kucing, menghadap kerja-kerja (5% ajelah =p), menghadap movie-movie. Haha. Mood kelaut sebenarnya, rasa nak marah ada, rasa geram ada, rasa perit ada, semua bendalah rasa. Never thought it'll turn out and end like this. I surrender. I totally give up on what I feel. Heh.

Lama kan kita tak tulis pasal drama Korea, akhir sekali pun kita borak pasal Goblin dan demamnya yang tak sudah. Haha. Lambat juga nak move on dari Goblin. Best kot. Kekeke.

Esok 3 Julai 2017, tvN yang tak lama dulu meletop dengan drama Goblin, kali ini akan tayangkan lagi satu drama yang dengar khabarnya bakal menggugat takhta kepopularitian Goblin lakonan Gong Yoo. Tambah pula drama ini akan diterajui oleh hero kegemaran ramai.


Drama bertajuk BRIDE OF WATER GOD HABAEK ini menyaksikan Nam Joo Hyuk (hero Weightlifting Fairy) sebagai Water God Habaek dan Shin Se Kyung yang akan menjayakan watak seorang doktor psikiatri yang akan dikorbankan untuk Water God Habaek dan menjadi hambanya. Aku memang suka genre drama begini, mungkin sebab masa kecil-kecil dulu atuk aku selalu tengok drama Cina genre begini dan aku pun tumpang sekaki. Haha.

Apa yang bestnya, selain daripada Nam Joo Hyuk, Gong Myung pun akan berlakon di dalam drama ini sebagai Wind God. Kekeke. Untuk drama ini memang tak banyak sinopsis panjang yang aku jumpa. Yang aku tahu, drama ini adalah adaptasi komik popular di Korea. Jadi, kita nantikanlah tayangan episod pertama pada 3 Julai nanti. Samada ianya akan jadi "fever" macam drama Goblin dulu.

Selamat malam. Assalamualaikum.

P/S: Tengoklah trailer 5 minit untuk drama ini. Nampak macam best. Haha.





30 Jun 2017

Please Stop Me!!

Jun 30, 2017 0 Comments
TOLONG!!
TOLONG!!
TOLONG!!
TOLONG!!

Assalamualaikum. Haha. Banyak tolong kan. Tengah dalam mood cuti lagi. Bergolek-golek dalam rumah dengan kucing-kucing kesayangan. Sambil mengemas sana sini sambil duduk dengar radio. Sekali dalam radio berputarlah satu lagu. Menariklah dengar. Sebab pattern telinga aku, suka dengar lagu lemah longlai lembut ala-ala zaman otai 90an kacuk dengan pattern lagu Indonesia. Haaa. 

Jadi risik-risiklah dekat adik aku siapa nyanyi lagu ni? Kononnya nak download dan simpan dalam playlist. Walaupun suara penyanyi dia banyak auto tune, tapi tak kisahlah kan. Hahaha. Terkejut kita bila dengar nama penyanyinya. Haha. Adoi. Adik aku pun cakap, "Serious arr nak download lagu dia?" Errr. Kejap ahh aku fikir dulu. Tolong hentikan aku daripada dengar lagu ni boleh? Hahaha. 

=p



Tapi aku rasa kan, kalau lagu ni orang lain nyanyi, mungkin penerimaan dia lain. Kan kan kan? Hahaha. Kasihan Fattah Amin. Kenapa orang tak suka dia eh? Aku okay aje. Nak kata suka, tak adalah. Nak kata meluat, tak kot. Otak aku ni banyak pengaruh keliling ni. Haha. Jadi, kita layankan ajelah Wanita Terakhir ni. Apa salahnya, ya tak? Lagu dia sedap aje. Tengoklah komposer dia Aizat Amdan ngan Anas Amdan kot. So, jangan judge over sangat eh.

TAK ADIL KAN KITA BILA BUAT BEGINI?



=p

Salam raya kelima semua. Assalamualaikum.

29 Jun 2017

Food Poisoning

Jun 29, 2017 0 Comments
Assalamualaikum.

Salam Aidilfitri. Sekejap aje dah nak masuk raya keempat kan? Masih cuti lagi ke tu? Aku cuti seminggu.

=p

Alhamdulillah, dah selamat sampai lepas Melaka petang tadi lepas tabahnya mengharung kesesakan di lebuhraya. Kali ini, balik ke Kota Tinggi selama 4 hari. Rayu aku biasa-biasa saja. Macam tahun-tahun sudah juga. Cuma yang beza adalah seperti yang tertera di tajuk atas. Haha. Sebenarnya ikutkan dah lama sangat tak kena food poisoning. Adalah dalam 2 ke 3 tahun kot.

Entah tak tahulah lauk mana yang aku melantak yang ada problem, sebab boleh kata kebanyakan ahli dalam rumah tu ramai yang kena keracunan juga. Adik aku 12 kali masuk tandas, mak aku 9 kali, sepupu sepapat aku berkali-kali juga, dan aku sendiri 6 kali. Melelas ooo. Perit oi oi. Hahaha. Memulasnya tak payah cerita, lama sangat dah tak rasa sakit memulas sebab food poisoning. Memang seksa sangat. Tambah pula aku rasa kuman kali ini agak degil dan powerful. Heh.

Okay, apa aku buat kalau kena keracunan makanan / cirit-birit / muntah-muntah? Selalunya aku akan simpan kit ubat aku sendiri. Ubat yang wajib ada mestilah ubat untuk senggugut, ubat allergy dan juga ubat cirit-birit. Kalau kena cirit-birit, selalunya aku akan ambil 3 jenis ubat.

1 - activated charcoal (untuk cuci perut dan buang segala kuman-kuman dan racun degil)
2 - buscopan (untuk kurangkan memulas) 
3 - lomotil (ubat tahan cirit-birit)

Dan kalau kata muntah-muntah aku akan ambil maxolon. Bila kau dah memerut banyak kali dan banyak air keluar, elok jugalah kau ambil air garam / Oral Rehydration Salt. Aku selalu ambil 2 biji charcoal dan rendam dalam 100 plus. 

Bila teruk sangat dan ubat tak jalan, baru aku ke klinik. Heee. Jadi untuk anda-anda yang akan ke beraya dan ke open house sana sini, jaga makan. Jangan sampai kena macam aku. Tapi kalau kena jugalah, tak apalah. Sakit kan penghapus dosa.

:)

Selamat malam semua. Assalamualaikum.




P/S: Katakanlah kau suka seseorang, suka sangat, sampai kau decide nak tunggu dia. Walhal dia tak tahu pun kau suka dia. Atau mungkin tahu, entahlah. Hahaha. *Ya tahu, ini gila!* Satu hari, orang yang suka dekat kau, risik-risik kau, dah mula tanya-tanya, apa kau akan buat? Tunggu sampai umur dari 30 jadi 31 jadi 32 dan seterusnya? Atau berhenti menunggu dan berterus terang mana tahu dapat jawapan positif? Atau juga terima ajelah orang yang sayang kita? Errrrrrr.

=p

18 Jun 2017

Aku Langsung Telah Jatuh Cinta, Saat Kita Bertemu, Hingga Terasa Begitu...

Jun 18, 2017 0 Comments


Assalamualaikum.

Sambil-sambil kita moreh, kita blogwalking kejaplah. Panjang tak tajuk entry? Dah lama rasanya tak tulis tajuk entry panjang-panjang. Haha. 

Dua tiga hari lepas jenguk instagram Cik Epal, terpandanglah video surprise sempena birthday dia. Ramai juga terjebak dengan background music untuk video tersebut. Haha. Aku pun sama juga. Mengikut pendengaran macam suara Charly bekas vokalis ST12. Sekali google, betul rupanya. Lagu dari Setia Band bertajuk Stasiun Cinta. Charly dah keluar dari ST12 dan tubuhkan band sendiri, dan dinamakan Setia Band.

Okaylah, nak sambung moreh apa patut. Layankan ajelah ya. Heee. Selamat malam semua. Dan selamat bersahur nanti. Assalamualaikum.

* * *

Aku langsung tlah jatuh cinta
Saat kita bertemu hingga terasa begitu
Gila aku terasa gila
Bila karena kamu getarkan isi hatiku

Sayang aku tlah jatuh cinta, cinta pandang pertama
Jumpa di stasiun kereta
Sayang aku tlah jatuh cinta, cinta pandangan pertama
Jumpa di stasiun kereta

Apa rasaku tlah gelisah, merasuk ke jiwaku
Hanyut memikirkan kamu
Hingga rasaku takluk padamu, tak pedulikan waktu
Ingin langsung bilang i love you

Sayang aku tlah jatuh cinta, cinta pandang pertama
Jumpa di stasiun kereta
Sayang aku tlah jatuh cinta, cinta pandangan pertama
Jumpa di stasiun kereta

Ku harap kau pun mau tuk menyambut cintaku
Sayang kau begitu indah
Jangan ragu padaku, cintaku bukan nafsu
Sayang ku benar-benar cinta

Sayang aku tlah jatuh cinta, cinta pandang pertama
Jumpa di stasiun kereta
Sayang aku tlah jatuh cinta, cinta pandangan pertama
Jumpa di stasiun kereta

Sayang aku tlah jatuh cinta, cinta pandangan pertama
Jumpa di stasiun kereta
Sayang aku tlah jatuh cinta, cinta pandangan pertama
Jumpa di stasiun kereta

Sayang aku tlah jatuh cinta, cinta pandang pertama
Jumpa di stasiun kereta





P/S: Bila cakap pasal ST12, teringat cerita blog seseorang dulu kala, masa tengah solat di surau, berkumandang memecah sunyi bunyi handphone lagu PUSPA. Haha.
=D


17 Jun 2017

The Meaning

Jun 17, 2017 0 Comments
Assalamualaikum.

Oh. Macam biasa kalau hujung minggu, lepas sahur mata mesti segar bugar. Tak macam waktu hari bekerja. Pandai eh mata Farhana pilih time dan hari. Haha. Semalam, aku dah tiga lagi orang housemate cadang untuk buka puasa sama-sama di luar. Bila masak hari-hari, kau akan jadi thought block, jenuh fikirkan apa lagi menu nak dimasaknya.

Bila ada idea nak masak, bahan pula tak ada. Haha. Adoiyai. Contohlah kan macam hujung minggu ni, aku cadang nak buat kuih sum sum, tapi cari perisa ros tak jumpa-jumpa. Pandan, no no. Gula melaka, pun no no. Jadi nanti tengoklah macam mana kesudahannya ya. Haha.

Tahun sudah rasanya rutin biasa aku buat, aku tak buat. Rutin hantar kad raya. Maklumlah bila tengah tanam anggur, belum musim menuai, tak adalah hasil. Jadi tak dapatlah beli kad raya. Kekeke.

Tapi makin makan tahun, makin susah nak cari kad raya. Puas cari dekat kedai buku, akhirnya jumpa dekat AEON Quill Mall. Mungkin tak suatu hari nanti tradisi kad raya ni akan pupus? Hmm. Mungkin.

Apa sebenarnya makna di balik kad raya? Kenapa aku suka hantar kad raya? Hehe. Cuba bayangkan di zaman sekarang yang mana kau selalu dapat ucapan raya melalui Whatsapp, Facebook, SMS dan cara online yang lain, the value and meaning of kad raya will be at a whole new level. Bila kau dapat kad raya, rasa best kan? 


Orang kata itu tanda ingatan tulus ikhlas. Bukanlah aku hantar kad raya supaya orang ingat dekat aku, cuma aku rasa nak buat si penerima gembira, supaya dia tahu, dia selalu dalam lipatan ingatan kita. Ecewah ayat kau. Haha. Kita bukan minta balasan, kalau kata kad dah sampai pun, kau tak rasa nak beritahu kad yang dikirim dah sampai pun aku tak kisah, kau nak ignore orang yang kirim pun tak kisahlah, cuma harapannya kad tu tak termasuk dalam tong sampah aje. Penat I olls perah keringat menulis okay. Haha.

=p



Okaylah. Selamat berhujung minggu. Selamat berpuasa untuk semua. Assalamualaikum.