Kolumpo Menjerit?

[CREDIT PICTURE TO TRAVELMASSIVE.COM]
Thank you! ^^


Assalamualaikum.

Salam 2.30 pagi. Oh, ya ya. Belum nak tidur lagi, walaupun angin bertiup kencang dekat luar sambil menggoda untuk tidur, tapi masih banyak lagi benda nak kena belek. Hmm. At this rate, mungkin bukan Kolumpo yang akan menjerit, tapi aku. Haha.

Banyak benda nak fikir kan bila nak duduk tempat baru. Ingatkan tak lalui dah zaman masa belajar dulu, sibuk pindah randah, cari rumah sewa sana sini yang murah. Oh, I miss Ipoh. Okay, balik semula pada cerita pindah randah. Bila dah kena duduk tempat baru, dah tentulah kena cari rumah sewa. Oh silap, duduk KL, kena cari bilik sewa, bukan rumah. Phew!!! Kesat peluh tengok harga rumah / apartment / kondo / mahupun flat dekat Key Ell ni, mahal oii. Tapi untuk pemilik-pemilik aset seperti disebut di atas, sewaan rumah memang boleh beri pulangan yang lumayan. Maybe one day, ada rezeki nanti, kita dapatkan aset kita sendiri, dan kita sewakan balik. Kan?

Oleh sebab tempat kerja aku dekat dengan HKL dan IJN, memang kalau boleh nak cari rumah sewa dekat-dekat situlah kan. Hey! Tak larat aku nak redah kesesakan pergi balik dari kerja. Jadi lebih baik cari bilik sewa yang dekat.  Lagipun gaji tak besar mana, kena pandai merancang kewangan. 

2 benda yang aku cari untuk sewa bilik, boleh masak dan ada WIFI. Sebab kerja aku perlukan banyak research and I need WIFI so badly. Urgh!!! Menurut kawan aku, antara kediaman yang terdekat untuk cari bilik sewa adalah di Plaza Rah, Titiwangsa Sentral, Vistana dan Bandar Baru Sentul. Sampai naik juling kau mata aku selak page-page dekat Mudah.My sana. Tak mudah pun! Hahaha. Manalah tak mudah, nak cari yang dekat, nak cari yang ada WIFI, nak cari yang murah. Haaa! Kekdahnya kena bina rumah sendiri ke macam mana ni. Aiyooo.

Nampaknya kena sambung belek lagilah cari bilik sewa. Hujung bulan dah nak masuk kerja. Harapnya jumpalah yang berkenan di hati. Walaupun hakikatnya tak boleh nak memilih sangat. Hidup dah stabil sikit nanti, barulah boleh demand bilik helok sikit. Eh? Haha. Okaylah, sambung browsing dulu.

Assalamualaikum.
:)


P/S : Dulu aku selalu sangat cakap, aku tak nak duduk KL, tak suka drive dekat bandar KL, tak nak jejak dah KL. Haaa! Tengok sekali apa aku dapat. Masa nak pergi interview tempoh hari, walaupun pakai WAZE, hakikatnya jantung aku berdegup laju sebab takut sesat dekat bandar KL yang aku cukup tak berapa gemar. Dan, ternyata aku sesat, walaupun pakai WAZE. Pengalaman.
=p

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?