Appreciate

Assalamualaikum.

25hb Mac. 2 hari lagi genaplah sebulan aku duduk di KL dan mencari rezeki. Syukur alhamdulillah atas segalanya, semoga ianya berterusan. Seronok dengan kerja sekarang, impian untuk hala tuju kerja ini pun aku dah tanam, moga-moga dipermudahkan segala urusannya dan tercapai segala yang dicita-citakan.

Eh! Kenapa tiba-tiba cerita pasal berkat? Hehe. Dah tentulah sebab dah nak gaji. Hmm. Walaupun gaji tak macam kerja sebelumnya, tapi aku sentiasa ingat pesan seseorang, gaji besar ke kecil ke, itu bukan benda yang penting, tapi keberkatan dari rezeki itu sebenarnya yang paling bermakna. Sebab itu ada kadang-kadang kita dengar, gaji besar tapi rasa tak cukup. Ada yang gaji sikit tapi kita nampak hidupnya sentiasa cukup. Itulah keberkatan rezeki namanya.

Aku dulu pun begitu. Duit tak tahu ke mana, rasa macam kosong. Duit gaji kadang rasa macam tak cukup. Hmm. Perubahan dalam hidup aku banyak ketuk kepala aku, beri aku sedar dari lena dan mimpi yang panjang. Aku sedar cara aku sebelum ini salah. Pengurusan kewangan aku pun sangat teruk. Jadi aku berazam nak ubah cara pengurusan kewangan, ubah perspektif tentang gaji. Cari berkat dalam gaji yang bulan-bulan kita terima.


Pertama sekali, ibu bapa kita, jangan sesekali lupakan mereka. Kongsilah nikmat rezeki yang kita dapat dengan mereka. Walau tak banyak, tapi hati kita akan rasa bahagia. Kedua, sedekah. Dalam bahagian kita, mungkin ada bahagian orang lain. Kan? Jangan lupa sentiasa bersyukur pada Allah, atas apa jua yang diberikan pada kita. 

Dan lagi satu, kerja biarlah sungguh-sungguh. Jangan mengular sangat okay. Haha. Baru berkat duit gaji yang kita dapat. Sama-sama mengingatkan. Heeee. Appreciate segalanya dalam hidup kita. Walau besar ke kecil ke. 

Okay semua. Tata titi tutu. Next time kita tulis lagi. Assalamualaikum. Selamat malam.
:)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.