Baju

Assalamualaikum.

Mengantuk dan berat sangat kelopak mata, tapi cuaca panas jadikan aku sukar nak lelapkan mata. Esok dah nak masuk 14 Ramadhan ya, sekejap sangat masa berlalu. Hmm.

Dekat pejabat dah ada yang mula cerita pasal baju raya, yang mana tahun ini macam tak adalah nak fikir baju raya sangat. Selalunya baju raya kami adik beradik mak yang jahit, tapi tahun ini mungkin kena beli sendiri gamaknya. 

Aigoo. Itulah benda yang aku paling tak gemar. Beli baju!! Tahu tak betapa susah nak cari plussize dengan harga yang okay. Satu masalah baju plus size, kadang ianya macam melekat dekat badan, rasa rimas, jadi kita perlu ambil satu atau dua saiz lebih besar, supaya dia tak sendat dekat punggung, dekat pinggang, dekat dada dan juga dekat tangan kau. Lagi satu, kalau beli blouse kena cari yang labuh depan belakang. Hmm.

Maka inilah antara masalah-masalah aku. Haha. Bukan tak ada, ada. Cumanya baju plussize kadang agak pricey. Berfikir dua tiga kali jugalah bila nak beli. Hoho. Sekarang ni aku duduk sibuk pergi like semua page Facebook yang jual pakaian plussize, saja cuci mata bila waktu rehat nanti. Haha.

Tapi kalau nak ikutkan, tak kisah sangatlah ada baju raya ke tak, yang penting dapat cuti seminggu, duduk berkepit bawah ketiak mak dengan kucing-kucing kesayangan. Haha. Anda semua dah beli berapa pasang baju raya?

=p

Okaylah, mari kita berehat ya. Terima kasih sebab baca bebelan aku pasal baju. Aku dalam proses nak buang lagi 3kg dalam 2minggu ni. Harapnya usaha aku berjaya. Kali ini aku ambil pendekatan slow dan steady, harapnya istiqamah la. Heeee.

Okay semua, jaga diri. Assalamualaikum.

Ulasan

Pakcik menang motor berkata…
Tahun ni tema baju raya warna royal blue.
Tahun ni warna apa baju raya makcik ?

Selamat mengecilkan saiz. Moga berjaya hendaknya. Aminnn

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.