3 Jul 2017

B.E.A.U.T.I.F.U.L

Assalamualaikum.

Heee. Salam 8 Syawal nak masuk 9 Syawal buat semua. Yang mana cuti seminggu mesti seronok kan sebab esok dah nak mula kerja. Kekeke. Open house, beraya bagai semua kita tolak hujung minggu ya. Oh ya, dan bolehlah kita mulakan semula misi mengurangkan #memok yang datang kembali musim raya ni. Haha. Aku sendiri pun rasa dah memok sangat bila cuti seminggu, duduk rumah, makan sedap-sedap.

Macam manalah agaknya bila mula balik jalan kaki nak pergi kerja, mahu mengah-mengah agaknya naik jejantas. Haha. Separuh tahun pertama dah berjaya kurangkan 12kg. Untuk separuh tahun kedua, target nak buang lagi banyak. 24kg ke? Chaiyok!!!

Bila diri memok, kadang datang perasaan, buruknya aku, selebet dan selekehnya aku. Kadang-kadang perasaan negatif tu akan datang jengah tiba-tiba, tapi sebenarnya itu boleh jadi pemangkin semangat untuk buang lelemak yang menghuni badan kita ni.

Aku ada terbaca satu artikel tentang macam mana seorang mak ajar anak definisi gemuk, dek kerana anak dia kata mak dia gemuk. Selalu aje kita tengok kan orang gemuk kena ejek, kena hina, kena kata belakang, selalu sangat. Emotional bullying namanya tu. Itulah yang terjadi bila kita dah terbiasa mengkategorikan gemuk itu tak boleh duduk dengan perkataan "CANTIK". Bukan nak galakkan orang jadi gemuk, cuma untuk bagi semangat dekat mereka, tiupkan rasa positif dan semangat untuk mereka, yang mereka pun cantik. Sebab cantik sangat subjektif. Ada orang mungkin rasa yang begini cantik, ada pula yang mungkin anggap yang begitu lebih cantik.

Macam makcik bawah ni cakap. Heeee.
:)

Tetiba pula cakap pasal cantik dan saiz kan. Hahaha. Okaylah, selamat malam semua. Assalamualaikum.



P/S: Maaf. Mungkin aku tak patut hantar kad raya tu dekat kau kan? Sorry if receiving it makes you feel uncomfortable. Salah timing aku hantar. Haha. Semoga kau terus bergembira dan berbahagia. Dan sentiasa senyum macam gambar-gambar raya kau, sebab kau nampak sangat bahagia. Heeee. Jaga diri. Dan jaga kesihatan. 

1 ulasan:

Hanis Amanina berkata...

We are beautiful if we believe we are beautiful :)

hanisamanina.com