Bride Of Water God Habaek Bakal Merampas Takhta Dari Goblin?

Assalamualaikum.

Salam raya ketujuh. Sekejap aje dah seminggu ya. Mood beraya tak berasa sangat sebab duduk rumah menghadap kucing-kucing, menghadap kerja-kerja (5% ajelah =p), menghadap movie-movie. Haha. Mood kelaut sebenarnya, rasa nak marah ada, rasa geram ada, rasa perit ada, semua bendalah rasa. Never thought it'll turn out and end like this. I surrender. I totally give up on what I feel. Heh.

Lama kan kita tak tulis pasal drama Korea, akhir sekali pun kita borak pasal Goblin dan demamnya yang tak sudah. Haha. Lambat juga nak move on dari Goblin. Best kot. Kekeke.

Esok 3 Julai 2017, tvN yang tak lama dulu meletop dengan drama Goblin, kali ini akan tayangkan lagi satu drama yang dengar khabarnya bakal menggugat takhta kepopularitian Goblin lakonan Gong Yoo. Tambah pula drama ini akan diterajui oleh hero kegemaran ramai.


Drama bertajuk BRIDE OF WATER GOD HABAEK ini menyaksikan Nam Joo Hyuk (hero Weightlifting Fairy) sebagai Water God Habaek dan Shin Se Kyung yang akan menjayakan watak seorang doktor psikiatri yang akan dikorbankan untuk Water God Habaek dan menjadi hambanya. Aku memang suka genre drama begini, mungkin sebab masa kecil-kecil dulu atuk aku selalu tengok drama Cina genre begini dan aku pun tumpang sekaki. Haha.

Apa yang bestnya, selain daripada Nam Joo Hyuk, Gong Myung pun akan berlakon di dalam drama ini sebagai Wind God. Kekeke. Untuk drama ini memang tak banyak sinopsis panjang yang aku jumpa. Yang aku tahu, drama ini adalah adaptasi komik popular di Korea. Jadi, kita nantikanlah tayangan episod pertama pada 3 Julai nanti. Samada ianya akan jadi "fever" macam drama Goblin dulu.

Selamat malam. Assalamualaikum.

P/S: Tengoklah trailer 5 minit untuk drama ini. Nampak macam best. Haha.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.