Despacito What??

Assalamualaikum.

Salam hujung minggu semua!! Hujung minggu yang tak hujung minggu sangatlah bagi aku, sebab nak kena pergi outstation hari Ahad nanti. Walaupun dalam KL, tapi kena packing beg baju bagai juga. Walau dalam kemalasan, ada excited jugalah. Haha. Semenjak dua menjak aku suka sangat main benda alah Insta Story, jadi bolehlah aku menyemakkan Insta Story aku dengan macam-macam cerita. Kekeke.

Oh ya. Cerita pasal Despacito. Aku perasan masa bulan puasa hari itu agaknya, atau mungkin sebelum bulan puasa lagi, duduk viral lagu Despacito dan ramailah buat cover lagu ini. Bila baca lirik dia, amboi, tak senonoh benar ya. Haha. Mostly Spanish song memang begitu, yang aku perasanlah.

Aku pun layan juga lagu Latino. Bukan Kpop aje. Semua aku dengar asal kena selera. Lagu terakhir yang aku suka dengar adalah satu lagu dalam drama Jane The Virgin. Sedap. Jadi terus google dan jumpalah dengan David Bisbal - Esclavo De Sus Besos. Lagu-lagu depa memang syok layan, especially untuk tujuan menari dan mengeluarkan peluh. Haha.

Lagu Despacito bagi aku sedap juga cuma bila teringatkan lirik dia, terus aku terfikir 2 3 kali nak masuk dalam playlist. Ubah lirik boleh tak Luis Fonsi? More towards pure love story. Heeee.

=p


Aku dah nak tidur sebenarnya, macam mana entah boleh tak sihat. Dah lama sangat tak kena set sakit tekak + demam + selsema. Seksa oii. Huhu. Tak apalah, sakit penghapus dosa. Kan? Okaylah, ada masa nanti aku update lagi. Tak pun aku spam Insta Story aje. Haha.

Okay, daaa. Jaga diri semua. Selamat bermimpi yang indah-indah. Assalamualaikum.







Ulasan

Hanis Amanina berkata…
Famous sungguh lagu ni, budak2 kecil pun boleh hafal T__T

hanisamanina.com

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.