7 Jul 2017

Saga

Assalamualaikum.

Selamat malam. Esok dah Jumaat eh, kejap benar rasanya. Rasa macam baru semalam cuti panjang 9 hari bermalas-malasan di rumah. Malas dia tu sampai rasa bila kau pergi kerja pagi-pagi nak "panjat" jejantas, kau bayangkan boleh merangkak / bergolek naik dan turun tangga jejantas. Hahaha. *tampar sikit muka*

Kena mula balik senam, rasa macam stamina dah kurang, yang bertambah cumalah berat. Oh! Oh! Oh! Hari Ahad dah nak outstation, harapnya kerajinan akan sampailah hujung minggu ni. Bila malas bertambah, rajin dia tu banyak pergi pada Facebook dan Instagram. Haish. Apa nak jadi ni. =p

Benda yang aku suka bila layan Facebook, bila follow kawan abah aku, merangkap mak kepada rakan sepermainan aku masa kecil. Beliau sangat suka kongsikan gambar-gambar dan suasana di Sarawak, particularly Miri dan Sibu. Miri boleh dikatakan tempat aku membesar jugalah. I spent nearly half of my age there. Hmmm. Around 12 years if I am not mistaken.

Terlalu banyak sangat kenangan dan satu-satu semua aku ingat dan aku sisip dalam kotak ingatan aku. Aku masih lagi ingat baunya, anginnya, rumah lama aku, semuanyalah. Rindu oii. Masa di Miri dulu, kami sekeluarga duduk dekat Holiday Park, sebab dekat dengan Maktab Perguruan Sarawak, tempat kerja abah.

Holiday Park sangat dekat dengan pantai. Keluar saja dari taman kau akan nampak pantai depan mata. Pusing kiri pergi sekolah rendah aku, pusing kanan pergi sekolah menengah aku. Memang aku ingat setiap satunya. Mujur sekarang dah ada Google Street kan, kau boleh tengok semuanya. Dan aku pun skodenglah rumah lama aku dekat Jalan Aru 2B. Sambil-sambil usha rumah ex-pakwe sebelah rumah. Hahaha.

=p


Aku teringat pasal rumah lama aku sebab nampak kawan abah post gambar pokok saga dekat Facebook. Dulu dekat Holiday Park ada satu pokok saga besar, depan rumah cikgu sekolah rendah aku. Selang beberapa jalan, rumah aku. Haha. Petang-petang, kadang-kadang aku bawa adik aku dengan jiran-jiran aku pergi kutip biji saga banyak-banyak. Aku bawa balik rumah bagi dekat mak. Nanti mak akan jahit kain dan masukkan biji saga di dalamnya. Jadilah permainan batu seremban. Haha.

In shaa Allah, ada rezeki nak jejak kaki ke Miri bawa family. Atau pun tinggal dekat sana pun best juga kan? Heeee. Future planning orang cakap. Okaylah, kalau layan jari dengan memori segala kenangan indah memang takkan habis nak ditulis. Lain kali kita sambung lagi. Selamat malam semua.

Assalamualaikum.


P/S: Seronok betul layan Google Street, macam-macam tempat nak pergi. Kekeke.



Rumah lama aku. :)



Yang ini pula sekolah rendah aku, tapi itu bangunan baru. Zaman aku dulu semua kelas bangunan kayu. :)



Pantai yang akan kau nampak bila keluar dari Holiday Park. Dulu penuh dengan pokok aru, tinggi-tinggi belaka. :)



Tempat kerja lama abah. Tempat aku belajar mengaji. Tempat aku belajar main tenis. Teman aku bagi makan labi-labi, buaya dan monyet. :)



Dan sekolah menengah aku. Pengetua merangkap ayah angkat yang sangat supportive. Always couraging his student. :)



Tiada ulasan: