Kalis Maki


Assalamualaikum.

Hihi. Lama tak conteng dinding rumah ni. Apa khabar semua? Masing-masing duduk menghadap kipas sambil minum air sejuk ke? Kikiki. Maklumlah cuaca panas semenjak dua menjak dekat ibu kota ni kan. Nak tidur pun berkicap.

Bukan saja cuaca panas berpeluh-peluh, darah pun rasa menggelegak sambil cuba nak tahan sabar. Haha. Sebenarnya aku bukan jenis suka marah tengking-tengking pun. Sekali sekala, itu pun dekat adik-adik aku kalau pesen tak dengar cakap. Nak marah orang lain, rasanya peratusannya sangatlah rendah. Tak reti marah orang, tapi kemarahan ada, cuma aku tak keluarkan, aku simpan dekat dalam. Aku keluarkan rasa marah selalunya dalam bentuk butir-butir air mata. Hahaha.

Macam mana eh nak jadi macam Supergirl? Kebal. Tapi bukan kebal dengan tumbukan, dengan belasah orang jahat, tapi kebal dengan tengkingan dan jerkahan, kalis maki senang cerita. Bila kena marah, tak rasa apa pun. Tak rasa hati kau macam tisu yang jatuh dalam cawan air, tak rasa butir-butir mutiara yang mahal dari mata tu nak jatuh berderai. Boleh ke eh? Kalau boleh jadi macam "Hati kau keras Roy!!" Hahaha.

Aku paling takut bersua dan kenal dengan orang yang garang. Yang jenis salah sikit silap sikit terus tengking terus jerkah. Aku selalu tertanya, kenapa ada orang bila berhadapan situasi yang sama, dia marah tapi dia boleh cakap benda-benda yang elok, cakap baik-baik. Aku tertanya juga, kenapa perlu marah? Perasaan marah itu sendiri sangat negatif, orang yang marah rasa tak best, orang yang kena marah apatah lagi.

Marah tak salah, tapi marah dengan cara berhemah, bukan dengan cara buat orang yang kau marah itu rasa macam hina sangat, rasa kecil gila dan rasa down yang teramatlah down. Tak elok kan?

 Okay dah habis bebel. Nak sambung kerja. Selamat malam. Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.