Taipei 4 Hari 3 Malam



Assalamualaikum.

Apa khabar??? Uiii. Macam dengar bunyi gema segenap blog Cahaya Yang Riang Gembira. Haha. Maklumlah lama tak menulis. Tak ada idea nak menulis. Mood tengah membuak-buak nak duduk berborak-borak, chit chatting dengan orang. Eh, tetiba kan. Adoi. 2 minggu yang agak sibuk. 2 minggu juga aku berjauhan dari laptop kesayangan aku. Selama ini memang susah gila nak berenggang, bila berpisah 2 minggu rasa macam 2 tahun. Kikiki.

2 minggu yang sudah aku outstation ke Sabah. It was fun to revisit a place that gives you thousands of beautiful memories with your classmates. Haih. Rasa macam nak ajak kawan-kawan sekelas dulu buat trip lagi ke Sabah. Tapi apakan daya masing-masing sibuk dengan kerjaya dan rumahtangga. Heeee.

Balik saja dari Sabah, aku sempat rehat dalam sehari dua, sebelum aku terbang sekali lagi. Terbang aku seminggu yang lalu juga masih atasan urusan kerja. Rezeki Allah nak bagi, memang tak dijangka, memang tiba-tiba datang bergolek depan mata, syukur pada DIA. Aku dapat peluang hadiri konferens International Hospital Federation (IHF) 2017 di Taipei, Taiwan. Itupun peluang yang diberi sebab aku boleh berbahasa Mandarin, dan bos aku rasakan ianya mungkin akan membantu bila tiba di sana.
:)


Kami pergi bertiga, menaiki Air Asia X, dari KLIA2 hingga ke Taoyuan International Airport, Taipei. Penerbangan aku pada 6hb November, 7.40 pagi itu memakan masa dalam 4 jam 20 minit. Phew!! Aku memang lemah kalau naik flight lama-lama, mesti datang mabuk kenderaan. Peningnya lain, loyanya lain. Haha. Macam mana kalau nak honeymoon dekat Switzerland nanti?? Hahaha.

Aku tiba di Taipei dalam lingkungan 12.30 tengahari. Tiada beza waktu antara Malaysia dan Taiwan. Cuaca juga tiada beza sangat. Cuma mungkin di Taiwan cuaca adalah sejuk sedikit. Dalam lingkungan 24 - 30 darjah Celcius. Ikutkan cuaca Taiwan pada hujung tahun boleh mencecah belas-belas, tapi menurut orang sana, cuaca di sana dah jadi tak menentu. Macam kita jugalah ceritanya.

Beratur untuk imigresen di Taoyuan hari itu makan masa hampir 2 jam, mungkin kerana hari itu ada terlampau ramai pelancong dari Korea, Jepun dan China yang tiba. Amboi, memang rombongan Cik Kiah lah senang cerita. Panjang gila imigresen uiii. Tercabut lutut kita berdiri. Walaupun ada hampir 8 kaunter dibuka, tapi tetap lama nak menunggu. Berkicap.


Kalau anda sampai di Taipei, kalau ada duit banyak bolehlah ambil teksi. Kalau tak, baik jangan. Aku pun terpaksa sebab barang banyak gila. Hampir 100kg, kau rasa. Menurut pemandu teksi sana, dekat Taipei, Uber dah diharamkan. Teksi airport pula pakai meter. Makanya perjalanan dari airport ke hotel kami, dengan jarak 40km, kami dicaj sebanyak 1295NTD bersamaan dengan hampir RM190. Bergegar kejap dompet.

Kalau sesiapa yang datang melancong, disarankan beli EasyCard untuk akses pada public transport mereka sebab ianya adalah dengan harga berpatutan. Oh, untuk line telefon pula, aku beli simkad UMobile prepaid dekat Malaysia terlebih dahulu. Sebab Taiwan ada termasuk dalam list roaming UMobile dengan kadar RM10 sehari, unlimited data. Jadi aku topup siap-siap RM50 di dalamnya. Bila sampai saja di Taipei, data roaming akan diaktifkan, kita pilih network operator - TW Mobile, kredit ditolak dan wallah, boleh diguna. Laju pun laju. Free WiFi pun bersepah sebenarnya. Heeee.

Kami duduk di tengah bandar Taipei, memang jauh sikitlah dari tempat tarikan utama Taiwan iaitu bukit bukau, gunung ganang dan sungai yang cantik-cantik. Apa yang menarik dan dekat adalah Taipei 101. Haha. Bolehlah Labu. AT Boutique Hotel yang kami duduki itu agak kecil, tapi bolehlah, selesa saja untuk 4 hari 3 malam.


Acara yang akan aku sertai mula pada 7hb November di Taipei International Convention Centre, bersebelahan dengan Taipei 101, mercu kebanggaan Taipei di daerah Xinyi. Hotel aku pula cuma berhadapan dengan TICC. Memang agak mudah, cuma jalan kaki. Jalan rayanya pun agak friendly bagi pedestrian dan cyclist. Itu pada pandangan akulah.

Makanan di sana agak mahal. Jadi aku bawa siap-siap dari Malaysia, stok makanan dari Brahims. 4 kotak, tapi itu pun ada baki lagi sekotak. Dekat sana memang aku tak jamah makanan langsung, walaupun ditulis vegetarian. Sebab aku rasa was-was. Jadi kebanyakan waktunya perut aku akan berkeroncong. Balik hotel, memang aku pulun roti Gardenia sapu marjerin dan kaya, maggi cup kadang-kadang, Brahim bila terlampau lapar. Haha. Tapi balik naik atas penimbang, macam tak ada beza pun. Zzzz.


Dekat TICC ini ada bilik sembahyang untuk Muslim. Cumanya kalau nak ambil air sembahyang, botol-botol air disediakan. Tandas mereka memang tak ada hos air, itu bab yang paling terseksa dan tergantung sepi sekalilah. Merana aku tak ada hos air. Tsk tsk. Kau faham kan macam penyeksaan itu? Haih. Nasib aku tak makan banyak. Kekeke.

Dari segi hospitaliti, orang-orang dekat sana sangat friendly dan sedia membantu. Dari segi komunikasi, rata-rata mereka boleh cakap Mandarin. English mungkin susah sikitlah especially untuk orang-orang tua dan pemandu teksi. 

Dari segi makanan halal, ada saja makanan halal di Taipei, tapi anda kena pandai-pandai carilah. Hari terakhir di sana, pengarah Tourism Malaysia di sana membawa kami ke sebuah restoran Muslim. Agak jauh juga sebab kami kena berjalan, disebabkan kaki aku cramp setengah jalan, jadi aku ambil keputusan untuk mencekik Maggi cup saja dalam bilik. Hahaha.



Perjalanan balik aku hari itu, aku ambil jalan jauh sikit. Terpaksa jalan slow-slow sebab cramp memang tahap tak ingat punya. Haha. Aku ambil laluan panjang sebab nak usha-usha Taipei 101, tapi tak masuklah sebab dengar kata mall dalamnya ibarat Pavillion. Haha. Aku sempat juga lalu Taiwan City Hall dan Taipei World Trade Centre. Snap sana sikit sini sikit. Walaupun pemandangan cuma batu-batu konkrit tinggi melanggit, tapi ianya tetap memori yang berharga sebab dapat tengok tempat orang.

In shaa Allah ada kesempatan kita datang untuk melancong pula. Lupakan kerja sebentar. Kekeke. Tapi bilalah agaknya tu kan. Hahaha. Perjalanan aku kali ini tak dapat aku appreciate betul-betul dan mengisinya dengan berjalan-jalan. Balik dari urusan kerja, badan dah penat, mata dah kelayuan. Aku pula jenis kalau diberi pilihan tidur atau jalan-jalan, aku tetap akan pilih tidur. Haha. Bila kerja, kita settlekan dulu sampai habis. Dah selesai, baru kita enjoy. Tapi sebab habis saja kerja, perlu bergegas pulang ke Kuala Lumpur, jadi tak ada kesempatan nak enjoy. 


Kerja bertimbun melambak tak siap lagi, makanya terpaksa lupakan hasrat nak tambah lagu cuti beberapa hari. Hmmm. Apa pun, ianya tetap satu kenangan yang berharga dan takkan aku lupa sampai bila-bila. My very first oversea trip to be honest. Next time I'm planning to bring my family for a trip and also to Mecca, In shaa Allah. Doakan aku murah rezeki ya.
:)


Aku letak sekali beberapa keping gambar yang aku sempat snap, tak adalah cun mana, tapi saja nak kongsikan di sini untuk sama-sama cuci mata. Heeee. Okaylah, dah pukul 3 pagi. Entry ini kita set jadi draft dan publish pagi Ahad sajalah ya. Hihi. 

Tidur dulu. Enjoy the picture. Assalamualaikum.

:)



















Ulasan

amirulfaiz berkata…
Wah seronoknya dapat gi jalan-jalan negara orang.
RM190 untuk tambang teksi 40km? Pergh..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.